Hiburan

Vokalis Radja, Ian Kasela Jatuh Pentas Sebab Kaca Mata Hitam

Maliah Surip
10/07/2024
12:00 MYT
Sponsor Banner
Vokalis Radja, Ian Kasela Jatuh Pentas Sebab Kaca Mata Hitam
Vokalis Radja, Ian Kasela sangat ikonik dengan gaya cermin mata hitam sewaktu membuat persembahan.
Dia juga diketahui hampir tidak pernah menanggalkan kaca mata hitam sepanjang karier melakukan persembahan sama ada dalam skala kecil atau besar.
Lelaki berusia 47 tahun itu mengaku tindakan memakai kaca mata hitam saat melakukan persembahan tidak ubah seperti memakai mahkota.
“Kaca mata hitam ini macam mahkota. Macam saya pakai mahkota, tidak boleh sembarangan saya buka,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

BERITA TRENDING: Artis Tak Muncul Buat Persembahan, Peminat Bakar Pentas!

BERITA TRENDING: "Penyanyi Veteran Sepatutnya Dibayar RM10,000 Satu Show" - Khadijah Ibrahim

Namun ada natijah yang perlu ditanggung apabila tidak mahu membuka kaca mata hitam saat membuat persembahan walaupun di malam hari.
Penyanyi lagu Jujur itu mengaku pernah jatuh daripada pentas setinggi tiga meter gara-gara memakai kaca mata hitam sewaktu membuat persembahan.

“Ini kejadian unik. Saya pernah jatuh daripada pentas setinggi tiga meter gara-gara kaca mata hitam,” katanya.

Ian kemudian menambah: “Saya jatuh kerana silau lampu di atas pentas.
“Gara-gara jatuh pentas, kaki saya bengkak selama tiga bulan.”
Setelah kejadian itu Ian mengatakan memakai kaca mata hitam sewaktu membuat persembahan ada risikonya.
Bagaimanapun dia tetap akan memakai kaca mata hitam yang sudah menjadi trademark sebagai penghibur.

BERITA TRENDING: Dalam Berhibur, Radja Pesan Ingat Rakyat Pales***

BERITA TRENDING: Trauma Diugut Bunuh, Radja Kembali Ke Malaysia: “Malaysia Rumah Kedua Kami”

BERITA TRENDING: “Kami Panik Adakah Ini ‘Prank’?”- Diugut Bunuh Selepas Konsert Di Larkin, Kumpulan Radja Buat Laporan Polis

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar