Laman Utama

Wanita Buat Laporan Polis Selepas Dihina Eira Azira, Peguam Hantar Tuntutan Sivil!

Fiza Kamarudin
16/09/2020
00:34 MYT
Sponsor Banner
Wanita Buat Laporan Polis Selepas Dihina Eira Azira, Peguam Hantar Tuntutan Sivil!
Wanita dikenali sebagai Suharnizan Md Sidek yang fizikalnya dihina (body shaming) oleh personaliti media sosial (influencer) Eira Azira membuat laporan polis.
Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah mendakwa personaliti itu mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambarnya berserta anaknya tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen personaliti terbabit di media sosial.
Katanya, insiden yang berlaku pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 10 pagi, dipercayai bermula apabila dia menulis komen 'live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?' menerusi video secara 'live' yang dikongsikan rakannya di laman terbabit.
"Selepas komen itu, saya menyambung kerja pejabat saya dan tidak mengikuti video berkenaan. Kemudiannya, saya dimaklumkan rakan bahawa dalam video itu diri saya ditularkan.
"Apabila saya menyemak dan meneliti, saya mendapati individu berkenaan dengan sengaja melakukan perkara itu tanpa kebenaran mahupun pengetahuan saya.
“Saya tidak mengambil apa-apa tindakan ketika itu dan mengharapkan perkara ini tamat dengan sendirinya.
"Namun, pada 14 September (semalam), saya dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuat naik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama 'Makcik Bawang Channel' dan 'Makcik Kiah Channel' dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain menghina rupa fizikal saya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, pada petang Selasa.
Suharnizan berkata, selain paparan tular sehingga ke YouTube, dia mendakwa terdapat juga pihak tidak dikenali cuba mengambil kesempatan dengan mewujudkan FB dan 'Page' palsu atas namanya.
"Saya mengalami tekanan, trauma, menerima mesej peribadi tanpa henti, selain kemurungan dan gangguan emosi termasuk di tempat kerja.
“Saya kemudiannya mendapatkan nasihat peguam yang menyarankan tuntutan sivil dibuat terhadap individu itu," katanya.
Dalam pada itu, peguamnya, Mohd Rasheed Hassan, berkata pihaknya sudah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti itu, yang mana merangkumi permohonan maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.
Katanya, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat kerana 'body shaming' boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
Sumber/Foto: BH Online
Artikel berkaitan:
Tular Maki Hamun Pemilik Kedai & Samakan Bentuk Badan Seorang Wanita Dengan Bab*, Eira Azira Mohon Maaf
Gara-Gara Buat FB Live, Usahawan Kena Tengking Dengan Tuan Kedai! - “Orang Melaka Memang Kurang Ajar?”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar