Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

Awani
15/11/2024
05:25 MYT
Sponsor Banner
Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar  Beli Makanan
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.

BERITA BERKAITAN:Aaron Aziz Berang, Wanita Songlap Puluhan Ribu Ringgit Dari Hasil Jualan Perniagaan Isteri - “Bini Aku Percaya Kau Tapi…”

BERITA BERKAITAN:Selalu Sangat ‘FYP’, Netizen Anggap Fattah Amin Dah Hilang Nilai Eksklusif - “Sekarang Ini Terlalu Awam, Mana-Mana Dia Saja”

BERITA BERKAITAN:Berterusan Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Norreen Iman Tak Sanggup Lihat Anak Trauma & ‘Broken Hearted’ - “Kali Ini Aku Takkan Diam”

Kakaknya, Adlin Mohd Zakaria, 36, melahirkan rasa bersyukur adiknya, Nur Nadia Mohd Zakaria, 29, dan anak saudaranya, Aydan Noah Mohd Shahmi ditemukan dalam keadaan selamat.

"Alhamdulillah adik dan kakak selamat dijumpai. Terima kasih banyak kepada pihak polis dan semua yang telah membantu," katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Khamis kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kehilangan wanita terbabit bersama anaknya selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan pada Rabu.
Adlin memaklumkan usaha mencari Nur Nadia masih diteruskan, namun masih tidak menemui sebarang petunjuk.

"Kami mohon orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat mereka diminta menghubungi Adlin di talian 017-9808542," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan dua beranak itu.
"Berdasarkan laporan, Nur Nadia dikatakan keluar rumah dengan memandu Perodua Axia berwarna biru gelap membawa anaknya, Aydan Noah Mohd Shahmi, bersama," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar