Hiburan

Berterusan Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Norreen Iman Tak Sanggup Lihat Anak Trauma & ‘Broken Hearted’ - “Kali Ini Aku Takkan Diam”

gempak
Asyikin Mayudin
30/10/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Berterusan Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Norreen Iman Tak Sanggup Lihat Anak Trauma & ‘Broken Hearted’ - “Kali Ini Aku Takkan Diam”
Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman berkata dia sudah mula hilang sabar apabila anak perempuannya, Ellen berterusan menjadi mangsa buli di sekolah.

Tak kisah nama buruk

Tidak mampu lagi berdiam diri, Norreen menerusi Instastory memberitahu dia sudah tidak kisah namanya menjadi buruk demi mempertahankan anaknya.

“Tak apa Ellen. Mommy dan Baba ada. Kali ini aku takkan diam. Ni rezeki pertama aku dengan Razzi. Ellen ni saksi kehidupan aku dari zaman aku bukan siapa-siapa.

“Sebab Ellen ni aku dan Razzi kuatkan diri nak move forward dulu. Tapi sumpah kali ni aku cakap, kalau dunia tak adil untuk anak aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Perempuan Norreen Iman Jadi Mangsa Buli - “Kena Sepak, Tolak, Ni Kaki Dah Luka…”

ARTIKEL BERKAITAN: Norreen Iman Kongsi Momen Tunai Umrah Dengan Tya Adnan - “Bila Nampak Kaabah, Aku Banyak Speechless”
“Memang aku doa Ya Allah, lepas ni kalau kau nak letak aku kat mana-mana pun aku tak kisah asalkan anak aku ni always being loved, protected, being appreciated, and she will love hersell.
“Aku tak peduli aku ni ada followers ke, aku penah masuk TV ke, aku budak Tiktok ke, lantaklah fasal nama ni. Kalau bukan sebab Allah bagi aku Ellen, mungkin aku bukan yang sekarang ni.
“Aku tak peduli nama aku buruk, tapi fasal anak aku, biarlah. I will no longer please other people,” kongsinya.

Anak menangis

Norreen turut berkongsi video memperlihatkan anak perempuannya akhirnya tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika bercerita mengenai insiden yang berlaku kepadanya.
“Aku sumpah tak boleh tahan. Just because dia tak melawan it doesnt mean dia tak kuat. Mental dia punya kuat sampai dia ambil masa nak menangis.

“This is the only part that I will show to you guys. Kali ni jangan fikir aku Norreen, anggap aku ni mak yang kecewa tengok anak dia broken hearted, traumatised, and being... nantilah kita tunggu. Allah ada dengan aku. InsyaAllah,” ujarnya.

Terdahulu, Norreen Iman pernah mendedahkan anak perempuannya iaitu Ellen menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan puterinya itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Pada Mei lalu, Norreen menerusi Instagram miliknya berkata dia sudah mengikut prosedur sekolah dengan membiarkan guru displin menyelesaikan masalah buli yang terjadi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024