Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Wanita Pakistan Anjur Pesta Janda, Demi Raikan Penceraian

Gempak 29/07/2024 | 11:50 MYT
Seorang wanita Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat (AS) dikecam netizen selepas menganjurkan 'pesta janda' bagi meraikan penceraiannya.
Rakaman video tular memaparkan wanita itu menari dengan riang sambil mengikut rentak lagu Bollywood dan kelihatan penonton bersorak beramai-ramai.

BERITA TRENDING: Netizen Kecam Artis Berkaraoke Sakan Malam Ramadan - "Namamu Harus Sejajar Sama Bulan Ramadan"

Di bahagian latar belakang pula, terdapat belon yang disusun dengan bertulis 'Penceraian Mubarak' yang bermaksud penceraian yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak.
Pengguna akaun Facebook yang berkongsi video dengan kapsyen ' Jika semua ini berterusan, gerbang perkahwinan akan runtuh.
Seorang pengguna mengulas bahawa penceraian tidak sepatutnya diraikan semata-mata membebaskan hubungan toksik dengan pasangan anda.
"Ya ia bagus dari segi kesihatan mental anda, tetapi jika kita meraikan penceraian, semakin ramai akan takut untuk berkahwin.
"Selain itu, jumlah ibu tunggal akan meningkat. Ketiadaan bapa kanak-kanak akan menjadi trauma," jelasnya.
Bagaimanapun, punca penceraian terhadap wanita yang memiliki kedai di AS itu, tidak diketahui kerana dia tidak mendedahkan maklumat lanjut.

BERITA TRENDING: Parti Bertukar Tragedi, Juruterbang Maut Selepas Pesawat ‘Gender Reveal’ Terhempas

BERITA TRENDING: Nonny Nadirah Dedah Kini Berstatus Janda? - “Single, Dah Dekat Empat Tahun Tak Disentuh”

BERITA TRENDING: "Nak Gelar Aku Janda Ke, Anj*ng Ke, Tak Kisah! Ini Bukan Fasal Tak Move On Tapi..." - Shuhada

Sumber: Agensi
#Viral #Penceraian #Janda #Pakistan #Pesta
;