Filem
Watak Kelakar Dalam Don Dukun Menjadi, Zul Ariffin Tak Mahu Tumpu Satu Genre Saja - “Semua Genre Saya Boleh Buat”
Aktor Zul Ariffin memaklumkan ada beberapa pihak sudah mula mengintainya untuk program hiburan lawak selepas membintangi filem komedi seram, Don Dukun.
Zul Boleh Buat Semua Genre
Menurut Zul, dia terbuka dan tiada masalah untuk menjayakan sebarang genre sekaligus mahu berkarya dengan cemerlang.
“Ada beberapa orang yang tawarkan saya buat program lawak tapi saya tolak. Saya terbuka untuk berlakon mana-mana genre.
“Semua saya boleh buat. Saya tak nak tumpu pada satu genre sahaja. Jadi, tak perlu gelar saya pelakon komedi.
“Saya tak perlu ingatkan orang banyak kali mengenai genre lakonan saya, filemografi saya tetap ada di situ. Tidak ada apa yang perlu dibuktikan. Saya hanya berkarya dengan betul,” ujarnya kepada Gempak.
Lega Tengok Hasil Lakonan
Tambah Zul yang memegang watak seorang dukun influencer, dia selesa apabila dapat mengekspresikan dirinya untuk menjadi seorang pelawak dalam filem arahan Wan Hafiz itu.
“Saya bukan jenis aktif di media sosial. Peribadi saya juga tidak diketahui ramai. Pada saya, itu bagus untuk karier lakonan saya. Semakin kurang orang kenal saya, lebih mudah untuk saya lakukan kerja saya.
“Itulah saya. Ada hari saya jadi macam Don Dukun, ada hari saya berperangai macam Sheriff. Bila saya tengok saya seronok. Dua tahun tunggu cerita ini keluar, bila tengok lakonan saya, saya lega,” jelasnya.
Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin dan ramai lagi.
Jom sama-sama kecut perut, pecah perut dengan menyaksikan filem Don Dukun di pawagam seluruh negara sekarang!