Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Wawa Zainal Tak Tumpang Kontroversi Misya Mazlan Demi Marketing - "Kami Nak Bantu Dia"

Amri Hassan 21/03/2024 | 02:50 MYT
Pasangan usahawan dan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menegaskan mereka tidak menumpang kontroversi dan mempergunakan kisah viral yang melibatkan madu Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan sebagai salah satu strategi pemasaran.

BERITA TRENDING: "Saya Berdamai Dengan Takdir, Jauh Sekali Dalam Proses Penceraian" - Misya Mazlan

Jelas Wawa, pihaknya telah mengikat perjanjian bersama Umisya sebagi koleksi tudung terbaharu Wawa Scarves sejak beberapa bulan lalu.
Malah, pemilihan Umisya bukan mahu mengambil kesempatan ke atasnya sebaliknya mahu membantu wanita terbabit.
"Sebenarnya ia kebetulan.. kami sudah buat perjanjian dengan Misya sudah lama. Kami tidak menggunakan dia sebagai pemasaran. Tidak sama sekali!
"Dalam masa yang sama, kami memang nak bantu dia juga.. yang sebelah sana sudah banyak tawaran kerja.
"Kami nak dia lebih menonjol juga supaya lebih banyak tawaran selepas ini," ujarnya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Misya Tak Shoot Sekali Dengan Aslam & Marissa, Ini Situasi Sebenar Yang Berlaku!

Wawa ditemui di Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa yang diadakan di Doplohtiga Space, pada Selasa.
Dalam acara sama, Wawa turut melancarkan dua produk basic skincare iaitu Cleansing Oil dan Moisturizer.
Dalam pada itu, Aeril turut mengulas dakwaan mengambil orang yang teraniaya dalam produk mereka.
"Untuk lakukan promosi setiap bulan memang akan ada artis dan pempengaruh yang bantu.
"Tapi kami tengok pempengaruh yang sedang jadi perhatian juga waktu sekarang ini. Kami pun tak menggunakan kes dia untuk menaikkan barang kami.
"Mengambil orang teraniaya, kami tak tahu dia dianiaya atau tidak. Mana tahu dia pun bahagia saja," jelasnya.

A post shared by WAWA Scarves HQ (@wawascarves_hq)

#Viral #Kontroversi #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Marissa Dania #Aslam #Umisya Mazlan #Tumpang
;