Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Sedekahkan Makanan Untuk Gelandangan, Abbe Hae Dipilih Juara Edisi Ogos! - "Semuanya Kerana Allah"

Ainun 08/09/2024 | 16:00 MYT

Aktivis terkenal, Abbe Hae tidak menyangka dirinya diundi sebagai pemenang utama Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Ogos.

Katanya pada mulanya dia sendiri tidak tahu tercalon dalam Wonda Coffee Keluang Man Of The Month dan hanya mengetahuinya daripada saudara-maranya.

“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu saya dicalonkan dalam Keluang Man of The Month. Sedara saya yang beritahu saya tentang perkara ini.

“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang mengikuti perjuangan saya. Alhamdulillah," luahnya.

Penuh minat

Abbe Hae, atau nama sebenarnya Azhan Adnan, 56, berkata dia melakukan kerja-kerja amal untuk membantu keluarga yang berada dalam kesusahan dan berharap aktivitinya ini dapat menjadi bekalan pahala di akhirat.
“Bagaimana saya bermula aktiviti ini semua kerana Allah. Sebenarnya saya hanya beri makan kepada gelandangan dan fakir miskin di kotaraya. Saya lakukan ini dengan penuh minat.

“Minat saya dengan penuh semangat dalam membantu mereka yang diuji oleh Allah S.W.T semakin tinggi.

“Maka dari situlah saya mengorak langkah tanpa henti sehingga ke hari ini dan juga sebagai bekalan saya ke akhirat," katanya.

Mula melakukan aktiviti

Dalam usaha membantu golongan gelandangan dan fakir miskin, Abbe Hae mendedahkan bahawa dia telah memulakan aktiviti ini sejak tiga tahun lalu, bermula di Kuala Lumpur dan kini memberi tumpuan kepada negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan.
“Saya mula menjalankan aktiviti ini tiga tahun lalu di Kuala Lumpur, dan kini saya memberi tumpuan kepada negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan.

“Setiap bulan, saya berada di Kelantan selama 10 hingga 14 hari untuk membantu mereka yang menghadapi kesusahan yang teruk. Memang ramai orang yang susah, tetapi saya memilih untuk membantu keluarga yang benar-benar dalam kesusahan.

“Kita juga perlu membantu menyelesaikan masalah mereka, contohnya dengan menyediakan pakaian, makanan, dan wang”, kongsinya," ulasnya.

Kanak-kanak menangis

Selain itu, Abbe turut berkongsi momen yang tidak dapat dilupakan, apabila terdapat kanak-kanak gelandangan yang menitiskan air mata apabila berpisah dengannya.
“Salah satu momen yang paling saya ingat adalah ketika saya terpaksa berpisah dengan mereka selepas memberi bantuan, dan mereka tidak mahu berpisah dengan saya sehingga ada yang menitiskan air mata," luahnya.

Kisah gelandangan & fakir miskin di media sosial

Keinginannya untuk berkongsi video aktiviti membantu golongan gelandangan dan fakir miskin di media sosial hanyalah sebagai kenangan buat dirinya.
Menurut Abbe, selepas video aktivitinya di TikTok mendapat perhatian ramai, dia hampir menutup akaun media sosialnya. Namun, rakan-rakannya menghalangnya kerana mereka berpendapat bahawa aktivitinya itu membawa misi yang hebat.
“Pada mulanya, saya hanya sekadar berkongsi video ini di akaun TikTok saya sebagai kenangan. Lama-kelamaan, video tersebut menjadi viral.
“Saya terus panik dan hampir menutup akaun itu, namun kawan-kawan saya melarang saya kerana perjalanan misi ini masih panjang. Oleh sebab itu, saya memutuskan untuk tidak memadamkan akaun tersebut.

"Apa yang saya paparkan di akaun TikTok itu bukanlah satu konten semata-mata. Saya berharap penonton tidak menganggapnya begitu kerana ini adalah realiti kehidupan pada masa kini.

“Saya juga berharap agar masyarakat sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang, kerana masih ada yang hidup dalam kesusahan.
"Saya akan teruskan misi ini sehingga saya menutup mata," jelasnya.

BERITA TRENDING: “Saya Tak Dapat Bayangkan Macam Mana Kalau Anak Sendiri Yang…” | Keluang Man Of The Month

BERITA TRENDING: Kapten Ahmad Zahiruddin Terharu Dipilih Sebagai Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Saya Betul-Betul Speechless”

BERITA TRENDING: Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Cinta Seorang Cat Lover, Yayan Sanggup Habiskan Masa & Tenaga Selamatkan Kucing Jalanan

BERITA TRENDING: Aleeya Zailan Puji Penganjuran Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Ramai Yang Suka Buat Kebaikan”

Undian Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori seda ada Gempak Most Wanted merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.
Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif dalam komuniti kita.
Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang Keluang Man.
Undian dibuka bermula Rabu, 11:00 malam setiap awal bulan dan berakhir pada Rabu, 10:30 malam setiap akhir bulan. Undian boleh dibuat di www.gempak.com/gempakmostwanted.
Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segmen Gempak Most Wanted.
Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini.

#Keluang Man #Gelandangan #Sedekah #Miskin #Keluang Man Of The Month #Abbe Hae #fakir
;