Laman Utama

Workout Di Gimnasium Pakai Dress, Aina Abdul Cetus Inspirasi Buat Netizen - “Pakaian Longgar Tak Halang..’

Azwa Rahman
20/05/2022
02:15 MYT
Sponsor Banner
Workout Di Gimnasium Pakai Dress, Aina Abdul Cetus Inspirasi Buat Netizen - “Pakaian Longgar Tak Halang..’
Penyanyi berbakat besar Aina Abdul mencuri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti mengangkat berat di gimnasium sambil memakai dress labuh.
Menerusi laman sosial Instagram, Aina berkongsi sebuah video momen sewaktu sesi workout tersebut untuk tatapan umum.
“Quick gym session after work. Session hari ni terserempak dengan Syamel,” tulis Aina di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan Aina gigih menjaga staminanya bersempana konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang akan diadakan di Istana Budaya pada 25 dan 26 June kelak.
Mengenakan dress labuh kembang dengan tudung hitam, Aina kelihatan cukup fokus bagi menghabiskan gerakan senamamanya.
Antara beberapa peralatan senaman di gimnasium yang digunakan adalah seperti besi angkat berat dan dumbell.
Dalam pada itu, ramai peminat terhibur melihat Aina memakai dress labuh ketika melakukan aktiviti di gym sambil menutup aurat.
Tidak kurang juga ada yang menunjukkan tanda hormat dan kagum mereka buat pelantun lagu Sumpah itu.
Damn! You go girl, wow gym in a dreas,” komen seorang wargamaya.
Why wear gym outfit when you can be a muslimah in the gym. Hehe salute kak Aina,” sokong seorang wargamaya.
“Ambuiiii tetap vass pakai dress Zara,” usik seorang wargamaya.
Onznya outfit workout dia,, tulis seorang wargamaya.
“Pakaian longgar bukan penghalang kita pergi ke gym. Aina dah buktikan,” jelas seorang wargamaya.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 60,000 tontonan daripada wargamaya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024