Hiburan

You Know Nothing About Cooking : M Nasir & Nabil Ahmad Rasa ‘Air Tangan’ Sherry Alhadad

Asyikin Mayudin
25/03/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
You Know Nothing About Cooking : M Nasir & Nabil Ahmad Rasa ‘Air Tangan’ Sherry Alhadad
Sebabkan pelakon dan pengacara Sherry Alhadad sudah handal memasak, jadi untuk episod kali ini dia akan masak semula menu sama iaitu lontong kuah lodeh + jely mix fruit cocktail.
Selama 14 episod, Sherry mempelajari ilmu memasak dengan ibu angkatnya iaitu Datin Marlia Musa.
Menariknya untuk episod kali ini adalah tetamu istimewa yang akan merasai air tangan Sherry iaitu penyanyi terkenal Datuk M Nasir dan pengacara Nabil Ahmad.
Agak-agak kali ini masakan Sherry berjaya memukau M Nasir & Nabil?
Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.
Berikut merupakan resipi penuh lontong kuah lodeh + jely mix fruit cocktail
Bahan-bahan :
Bawang Merah, Bawang Putih, Serai, Lengkuas, Kunyit Hidup, Cili kering, Udang Kering, daun salam, air putih, santan, Tauhu (dipotong 4 dan digoreng), tempe, kacang panjang, sengkuang, carrot, kobis bulat, suun, fuchuk & nasi impit.
Proses :
Kisar Bawang Merah, Bawang Putih, Serai, Lengkuas, Kunyit Hidup, Cili kering dan Udang Kering kemudian tumis sehingga garing, masuk kan sedikit air. Masuk kan daun salam, masuk kan sayur-sayuran, santan dan perasakan dengan garam.
Bahan Bahan sambal tumis :
Bawang merah, bawan kecil, belacan, cili kering & air asam jawa.
Proses :
Kisar Bawang merah, bawang kecil, belacan dan cili kering, kemudian tumis sehingga garing, dan masuk kan gula, garam, perasa dan air asam jawa.
Bahan-bahan jelly mix fruit cocktail :
Instant jelly ,fruit cocktail (dalam tin), Susu cair dan ais.
Proses :
Campurkan instant jelly dengann air panas dan biarkan sejuk. Selepas itu masuk dalam peti sejuk. Setelah jelly siap, masukkan fruit cocktail, jelly, susu & ais ke dalam mangkuk
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024