Hiburan

Zaiton Sameon Pernah Tolak Cinta Sudirman? - "Macam Mana Aku Nak Kahwin Dengan Kau, Kau Kan..”

Umirah Halim
14/02/2024
01:00 MYT
Sponsor Banner
Zaiton Sameon Pernah Tolak Cinta Sudirman? - "Macam Mana Aku Nak Kahwin Dengan Kau, Kau Kan..”
Penyanyi veteren, Zaiton Sameon, akui dirinnya pernah dingorat oleh penyanyi lagenda Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad suatu ketika dahulu.
Menerusi sebuah sesi bual cara yang dimuat naik oleh Sinar, Zaiton menjelaskan bahawa hubungannya dan Sudirman sangat akrab sehingga Allahyarham pernah menciptakan lagu bertajuk Lupakan Saja yang berkisarkan tentang kehidupan Zaiton.
"Saya rapat dengan arwah masa tu saya standard 1 dia standard 3 jadi saya cerita dengan dia lah pasal cerita sedih kehidupan saya, tentang kahwin cerai dan saya nak bunuh diri.
"Jadi lirik lagu tu memang dia suruh saya lupakan saja tentang kesedihan itu.

Berita Trending: “Saya Tak Gila, Masih Ingat Lirik & Boleh Mengaji” - Zaiton Sameon Sedih, Ada Rakan Artis Tikam Belakang

“Tapi, ada satu kali tu dia cakap, Ton jom kita kahwin lepastu saya jawab macam mana aku nak kahwin dengan kau kau kan pendek, tak baik saya ni kan tapi saya cakap direct,” kata Zaiton dengan nada seloroh.
Dalam pada itu, pelantun lagu Menaruh Harapan itu juga turut menzahirkan rasa kesedihannya kerana tidak sempat berkolaborasi bersama Allahyarham Sudirman.
"Dah nak buat dah lepastu saya accident,” ujarnya nya lagi.
Terdahulu, Zaiton pernah mengalami kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 1990 yang mengakibatkan dia cedera parah di bahagian kepala hingga menyebabkan hilang ingatan sementara.
Tidak hanya itu, Zaiton turut kehilangan anak lelaki tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun yang meninggal dunia dalam kemalangan itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar