Laman Utama

“Saya Tak Gila, Masih Ingat Lirik & Boleh Mengaji” - Zaiton Sameon Sedih, Ada Rakan Artis Tikam Belakang

gempak
Mya Amri
17/11/2022
03:30 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Gila, Masih Ingat Lirik & Boleh Mengaji” - Zaiton Sameon Sedih, Ada Rakan Artis Tikam Belakang
Penyanyi veteran, Zaiton Sameon, 66, berasa terkilan dengan tanggapan negatif yang dilemparkan terhadapnya tanpa mengetahui kondisi sebenar dirinya.
Menurut Zaiton, dia masih waras dan masih mampu membuat persembahan serta mengingati lirik lagu-lagunya.
“Saya balik kampung semua orang cakap saya gila. Saya gila ke? Saya tak gila. Saya cakap kalau saya gila, saya dah bunuh orang.
“Saya masih boleh menyanyi, ingat lirik dan boleh memandu,” katanya ketika ditemui Gempak.
Zaiton berkata demikian selepas majlis penyerahan kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Che Samsuzuki Che Noh baru-baru ini.
Menceritakan kisah dirinya, Zaiton juga mengakui sedih apabila ada rakan artis memburukkan dirinya.
“Ada yang tikam belakang dan bawa mulut kepada penganjur dan mengatakan saya tidak boleh menyanyi.
“Siapa yang tak sedih bila dikata begitu, siap ada kata saya lalok. Saya masih boleh ingat lirik dan menyanyi. Malah mengaji pun saya boleh.
“Sejujurnya saya rasa sedikit sedih apabila tiada tawaran menyanyi termasuk untuk kempen kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Sekurang-kurangnya tahun sebelum ini ada juga saya dipanggil,” jelasnya.
BACA: Zaiton Sameon Terima Kad OKU, Layak Mohon Bantuan - “Saya Tiada Pendapatan Tetap, Menyewa Dengan Harga …”
Terdahulu, Zaiton layak menerima status OKU kategori fizikal selepas disahkan mengalami Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak) oleh pihak hospital berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 1990.
Dalam kemalangan itu, anaknya iaitu Azirwan Abu Bakar terkorban dalam nahas tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024