Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Covid-19

COVID-19: KKM Kesan Mutasi Baharu, Pengembara Dari UK...

Mya Amri 12/01/2021 | 07:09 MYT

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes COVID-19 membabitkan mutasi baharu dari United Kindom (UK) yang dikenali sebagai varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di laman Facebook dan juga Twitter rasminya semalam (11 Januari 2021).

Menurut Dr Noor Hisham, kes itu dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kindom Disember 2020.

“Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut.

"Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.

“Sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan telah melakukan genome sequencing bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel," jelas Dr Noor Hisham.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurutnya, setakat 11 Januari lalu, tiada penularan dalam negara dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 itu.

"KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

"Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat.

"Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa," ujarnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 atau 202012/01 mutasi...

Posted by Noor Hisham Abdullah on Monday, 11 January 2021

Sehingga semalam, KKM melaporkan sebanyak 2,232 kes baharu COVID-19 dengan empat kematian.

BACA: COVID-18: 2,232 Kes Penularan Tempatan, Empat Kematian Direkodkan.

Pada hari yang sama juga, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa hari ini bermula jam 12.01 tengah malam hingga 26 Januari depan.

BACA: PKP Di Enam Negeri Bermula Rabu - PM

Foto: Astro Awani / Facebook Dr Noor Hisham

#KKM #COVID-19 #Kementerian Kesihatan Malaysia #Dr Noor Hisham Abdullah
;