Antarabangsa

Aston Martin Callum Vanquish 25 Diberikan 350 Pembaharuan Membabitkan Aspek Rekaan, Material Dan Kejuruteraan

Erywan
28/07/2020
01:24 MYT
Sponsor Banner
Aston Martin Callum Vanquish 25 Diberikan 350 Pembaharuan Membabitkan Aspek Rekaan, Material Dan Kejuruteraan
Ramai yang berpendapat bahawa Aston Martin Vanquish generasi pertama adalah karya seni yang tidak memerlukan sebarang penambahbaikan namun perekanya sendiri iaitu Ian Callum menemui cara untuk menjadikan model itu kelihatan lebih menarik.
Dikenali sebagai Callum Vanquish 25, supercar moden klasik itu diberikan kira-kira 350 pembaharuan yang membabitkan aspek reka bentuk, material dan kejuruteraan.
Bermula dari bahagian hadapan, bampar Vanquish 25 menampilkan jeriji kedua serta bukaan udara besar pada bahagian kiri dan kanan. Di belakang pula terdapat lampu baharu dan diffuser dengan empat sirip menegak. Rim 20 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport melengkapkan imej segar jentera itu.
Untuk bahagian dalaman, Callum menggunakan upholsteri kulit daripada syarikat Bridge of Weir serta trim gentian karbon dan krom hitam. Apa yang menarik, setiap pelanggan akan menerima jam poket Bremont dan set bagasi Mulberry yang boleh dimuatkan di dalam ruang bagasi.
Seperti versi asal, model kelahiran semula ini dikuasakan oleh enjin NA berkapasiti 5.2-liter V12 namun dengan pelbagai naik taraf seperti penggunaan kotak udara gentian karbon dan sistem ekzos baharu, kuasa meningkat dari 520hp kepada 580hp. Untuk versi ini, Callum menawarkan tiga pilihan transmisi iaitu manual, automatik dan semi-automatik.
Turut dinaik taraf adalah sistem suspensi yang kini dilengkapi dengan peredam Bilstein ‘anti-roll bar’ yang lebih tegar, sekaligus menjadikan Vanquish 25 10mm lebih rendah berbanding asalnya.
Vanquish 25 akan dibina oleh R-Reforged, sebuah syarikat yang bernaung di bawah AF Racing Group dari Switzerland. Seperti yang tertera pada namanya, pengeluaran terhad kepada 25 unit sahaja.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar