Hiburan

Tempuh Banyak Cabaran, Bella Astillah Tetap Bersyukur Dapat Jalani 2024 Dengan Baik - “Tahun Ini Saya Berjumpa Dengan Versi Saya Yang Paling Rapuh”

Asyraf Roslan
01/01/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Tempuh Banyak Cabaran, Bella Astillah Tetap Bersyukur Dapat Jalani 2024 Dengan Baik - “Tahun Ini Saya Berjumpa Dengan Versi Saya Yang Paling Rapuh”
Penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur apabila dapat menjalani tahun 2024 dengan sebaiknya.
Menurut pelantun lagu Bermanja manja itu, meskipun tahun 2024 dia harus menempuh pelbagai dugaan namun dia masih kuat untuk menjalaninya.
“Tahun ini saya berjumpa dengan versi saya yang paling rapuh namun ada juga sisi kuat saya,” katanya.
Dalam hantaran di Instagram, Bella juga berterima kasih kepada diri sendiri kerana sudah cuba memberikan yang terbaik sepanjang tahun 2024.
“Dear Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, “Banyak hal baik yang sudah kamu lakukan. Banyak hal indah yang sudah kamu berikan.
“Dan juga banyak kebahagiaan yang sudah kamu bagikan, meskipun ada begitu banyak ketidaksempurnaan, namun kamu selalu berusaha memberikan segala yang terbaik. Sering memaafkan banyak hal.
“Aku mengasihimu, Aku menyayangimu, dan aku menghargaimu. Terima kasih, aku.
“2024, You were not easy but you were necessary,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata menitipkan kata-kata semangat buat ibu kepada Ayden Adrean dan Ara Adreanna itu.
“Thank you for being you and thank you for everything that you've done towards everyone around you. You are one of a kind and im forever grateful for you ❤️ happy new year dearest kakak!
“Be positive always Adeq.
“You are amazing lovely.
“Touching ?? Bella kuat.. Semoga kebahagiaan selepas ini buat Bella aamiin,” kata netizen.
Sekadar info, sejak Mac 2024, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Selepas itu mereka berdua disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 12 Jun 2024.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024