Tempatan

Roda Panas: Selain Proton Satria Neo R3 Lotus Racing, Rosyam Nor Juga Memiliki BMW E36

Erywan
13/06/2021
05:30 MYT
Sponsor Banner
Roda Panas: Selain Proton Satria Neo R3 Lotus Racing, Rosyam Nor Juga Memiliki BMW E36
Siapa tidak kenal pelakon dan penerbit popular, Datuk Rosyam Nor ini, lebih-lebih lagi dalam dunia permotoran tempatan.
Mana tidaknya, beliau menjadi pemilik terawal yang memiliki Proton Satria Neo R3 Lotus Racing dan boleh dianggap ‘rare’ kerana hanya 25 unit sahaja dikeluarkan.
Jentera yang dianggap paling mahal dalam keluarga Satria itu dijual pada harga RM115,000 ketika ia dilancarkan pada 11 tahun lalu. Boleh tahan harganya kan!
Namun buat mereka yang mahu melihat lebih dekat jentera itu, anda boleh menontonnya di Roda Panas pada malam esok (14 Jun 2021) secara eksklusif di saluran Astro Naura (109) pada jam 9.30 malam.
Untuk pengetahuan anda, Satria Neo R3 Lotus Racing itu menggunakan enjin Campro CPS yang ditala R3 yang menyalurkan kuasa maksimum sehingga 145hp.
Ia juga dilengkapi dengan sistem suspensi Öhlins DFV (Dual Flow Valve) fully adjustable, rim aloi 16-inci Advanti dengan tayar 205/45 Bridgestone Adrenalin, four-pot AP Racing calliper brake di bahagian depan. Pada masa sama, ia menggunakan ekzos Titanium R3, kotak angin gentian karbon R3 dan banyak lagi.
Dalam rancangan berkenaan juga, beliau turut berkongsi satu lagi kenderaan miliknya iaitu BMW E36 keluaran tahun 1995.
Jentera itu mempunyai kondisi cukup mengagumkan dengan penampilan yang berkilat serta enjinnya juga berfungsi dengan baik.
Nak mengetahui lanjut kedua-dua jentera milik Rosyam Nor ini, pastikan anda jangan lupa menontonnya di Roda Panas malam esok. Anda juga boleh menontonnya secara strim menerusi aplikasi menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar