Watch

Tanda-tanda penapis udara perlu ditukar

Public Anonymous User
06/07/2018
00:33 MYT
Sponsor Banner
Tanda-tanda penapis udara perlu ditukar
Penapis udara mungkin bahagian yang paling murah, namun kepentingannya terhadap enjin tidak boleh dipertikaikan.
Ini kerana ia berfungsi untuk menghalang kotoran dan bendasing daripada masuk ke dalam bahagian enjin yang boleh menyebabkan kerosakan terhadap komponen penting.
Secara umumnya, penapis udara perlu ditukar setiap 10,000 hingga 15,000 kilometer (km), bergantung kepada jenis penapis serta kekerapan memandu.
Bagaimanapun, anda mungkin perlu menukarnya dengan segera jika kereta mengalami tanda-tanda seperti berikut:
  • Bunyi luar biasa dari enjin – Salah satu tanda penapis udara kotor adalah jika kereta anda menghasilkan deruman atau bunyi luar biasa ketika enjin dalam keadaan melahu.
  • Perbatuan semakin rendah – Apabila enjin tidak mendapat udara yang cukup, ia akan menggantikannya dengan menggunakan lebih banyak bahan api bagi menghasilkan kuasa yang secukupnya.
  • Prestasi semakin hambar – Jika kereta terasa lebih lembab dari kebiasaan, ini mungkin bermakna penapis sudah kotor dan tidak dapat membekalkan udara yang cukup untuk membolehkan kereta anda memecut dengan baik.
  • ‘Misfiring’ – Penapis udara kotor akan mengurangkan jumlah udara yang masuk ke dalam enjin, sekaligus menghasilkan campuran udara-bahan api terlalu kaya yang boleh menjejaskan palam pencucuh.
  • Asap hitam keluar dari ekzos – Apabila kekurangan udara, sebahagian daripada bahan api tidak terbakar dan keluar dari kereta melalui ekzos. Anda juga mungkin akan mendengar bunyi ‘pop’ atau melihat api keluar dari muncung ekzos.
  • Lampu ‘check engine’ menyala – Udara yang tidak mencukupi boleh menyebabkan deposit terkumpul di dalam enjin dengan lebih cepat dan menyebabkan enjin mengeluarkan amaran.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar