UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Netizen Kritik Busana, Zehra Zambri Mohon Maaf - "Adakah Saya Hamil? Jawapannya ..."

Amri Hassan 23/01/2025 | 04:57 MYT
Bintang Gegar Vaganza 11, Zehra Zambri tampil menjelaskan kenyataan tidak tepat mengenai dirinya susulan imej dan busana yang digayakan untuk persembahan solo pada konsert minggu kesembilan.

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: Sudah Tiada Masa Untuk Simpan! Zehra Zambri Sedia 'Tekan Minyak' - “Mungkin Kalau Saya Tidak…”

Zehra, 37, menafikan dirinya kini sedang hamil dan mengakui masih belum mendapat berat badan ideal selepas bersalin pada 2022.
"Ada beberapa perkara yang saya nak jelaskan tentang persoalan dan kenyataan tidak benar yang dikeluarkan banyak individu di laman sosial.
"Adakah Zehra Zambri HAMIL? Jawapan empunya diri adalah TIDAK! Jadi cukuplah ya mempersoalkan tentang itu. Saya akui masih belum mendapat berat badan ideal selepas melahirkan anak secara emergency C-zer pada 21 Oktober 2022.
"Saya mengalami kenaikan berat badan yang mendadak dan tidak menjaga kesihatan diri sebaiknya kerana tekanan kerja dan dalam masa sama tanggungjawab mengurus bayi saya sendiri," ujarnya menerusi hantaran di Instagram.

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: “Illa & Reshmonu Paling Rapat Dengan Saya” - Zehra Zambri Tak Tahan Sebak, Terkejut Dua Penyingkiran Sekaligus

Jelas Zehra lagi, dia juga tidak pernah menyangka akan menyertai pertandingan GV11 dan percaya 'hayatnya' dalam bidang seni sudah berakhir.
"Takdir Allah 2024 saya diberi peluang untuk sertai GV11. Sesuatu diluar fikiran saya kerana selama ni saya ingat ‘hayat’ saya dalam dunia seni sememangnya sudah BERAKHIR," tambahnya.

BERITA TRENDING: Berbulan-Bulan Lakukan Solat Sunat Istikharah, Zehra Zambri Tenang Buat Keputusan Sertai GV11 - "Ini Bukan Mudah"

Justeru, Zehra tampil memohon maaf seandainya ada pihak yang kurang senang dengan penampilannya pada konsert minggu lalu.
"Selain itu di sini saya ingin memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan imej dan penampilan saya ketika mendendangkan lagu Nour El Shams pada konsert minggu lalu.
"Saya ambil maklum pandangan kalian yang mengkritik style hijab dan busana yang saya kenakan. Insya- Allah di masa akan datang saya akan lebih cakna dan berhati-hati dalam pemilihan pakaian sebagai wanita berhijab.
"Terima kasih semua atas teguran kerana kasih sayang kalian terhadap diri saya," tambahnya.
Pada konsert kesembilan, Zehra mengenakan busana rekaan Hasfitri Yusof berwarna putih keemasan dilengkapi dengan korset pada bahagian perut ketika menyanyikan lagu Nour El Chams.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
#Penyanyi #Netizen #Busana #Zehra Zambri #Kritik #GV11 #Gegar Vaganza 11
;