Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Usaha 3 Bulan Membuahkan Hasil, Liza Aziz Bersyukur Bergelar Juara - “Saya Bekerja Keras Dan Bukannya…”

Asyraf Roslan
10/02/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Usaha 3 Bulan Membuahkan Hasil, Liza Aziz Bersyukur Bergelar Juara - “Saya Bekerja Keras Dan Bukannya…”
Menepati ramalan warganet, bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Liza Aziz berjaya merangkul gelaran juara untuk edisi ke-11.
Kata Liza dia sangat bersyukur dan berpuas hati kerana usahanya selama 12 minggu di pentas GV akhirnya membuahkan hasil.
“Malam ini saya sangat berpuas hati, dapat berduet dengan Krisdayanti sebab saya takut juga kalau saya tengelam ke apa namun semuanya berjalan lancar.
“Alhamdulillah selama tiga bulan penat lelah kami berbaloi, hari ini menjadi penentunya,” kata Liza.

ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: “Alhamdulillah Akhirnya Kini Pasti Saya Menang” - Liza Aziz Syukur Dinobat Sebagai Juara

ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11 RECAP: Dianggap Sebagai Celine Dion Malaysia, Liza Aziz Rangkul Juara! Ini Komen & Markah Penuh Konsert Akhir

Berkongsi pengalaman duet bersama Krisdayanti, Liza berkata menajdi satu impiannya untuk berdiri satu pentas bersama dengan penyanyi tersebut.
Tambahnya, peluang yang diberikan untuk berduet bersama Krisdayanti adalah seperti memenangi hadiah pertama.
“Saya memang minat sangat dengan Krisdayanti, daripada saya muda sampai sekarang. Dapat berduet dengan dia itu juga seperti menang hadiah pertama, dan saya akan ingat selama-lamanya duet saya bersama dia pada malam ini,” tambahnya.
Sementara itu, Liza juga menyatakan bahawa untuk bergelar sebagai juara bukannya mudah.
Semuanya perlu hadir dengan kerja keras bagi mengikuti jejak langkah juara-juara GV terdahulu.
“Apa yang saya boleh kongsi, memang ramai ingat saya boleh jadi juara, tapi untuk bergelar juara itu bukan senang kita mesti menyanyi dengan baik. Kalau persembahan kita setiap minggu itu kecundang tak akan kita boleh jadi juara kan.
“Jadi jika saya diberikan tugasan yang susah pun saya akan cuba sebaik mungkin, kerana itu saya berjaya sebab saya bekerja keras dan bukannya happy-happy,” ujarnya kepada Gempak.
Menyampaikan lagu I Surrender, Cinta dan Angkat, Liza Aziz berjaya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 77.89 peratus daripada juri tetap.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua finalis diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024