Gegar Vaganza 11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

Khairil Khusyairi
10/11/2024
08:50 MYT
Sponsor Banner
GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung,  Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.

Mahu Bolos Ke Final

Menurut Fairuz, dia yakin dan mahu memberikan persembahan terbaik sekali gus meletakkan sasaran untuk bolos ke pusingan akhir.

“Saya sasar untuk sampai ke final, saya tak pernah dapat peluang menyanyi di pentas besar. Dah 24 tahun, ini adalah peluang terbesar saya pernah dapat.

“Saya tak boleh jangkakan lebih-lebih, saya tak tahu kemampuan diri saya di pentas GV nanti. Saya cabar diri sampai ke final.

“Sampai sekarang saya masih tak percaya saya masuk GV tetapi saya yakin dan cuba yang terbaik,” ujarnya kepada Gempak.

Elak Minuman Berais

Dalam pada itu, Fairuz turut memaklumkan dia sudah mula tidak mengambil minuman berais dan mendapatkan tidur yang cukup demi menjaga kualiti vokal.

“Saya dah mula tidak minum ais langsung dan tidur awal. Suara saya sebenarnya alah pada ais.

“Saya persiapkan diri, saya perlu buat betul-betul supaya tidak kecewa dan sedih. Saya takut sebenarnya sebab netizen kita pun kreatif sekarang.

“Tolong jangan kejam sangat. Kita dah lama tak menyanyi, bagi lah peluang,” kongsinya.

Cuti Tanpa Gaji

Fairuz yang berkhidmat di sektor kerajaan di sebuah kementerian itu turut memaklumkan dia mengambil cuti tanpa gaji bagi memberi tumpuan kepada perjalanannya di GV11.

“Inilah umur yang paling sesuai, kalau dan berumur nanti takut tak larat pula.

“Dan komitmen kerjaya saya juga berada dalam tempoh bertenang sekarang.

“Jadi sekarang saya ambil cuti tanpa gaji,” kongsinya lagi.

Bintang-bintang ‘GV11’ terdiri daripada Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry, Sheila Abdul, Arrora Salwa, Zehra Zambri, Ning Baizura, serta lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima.
Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Rancangan ini turut membawa kembali duo kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
GV11 bakal bermula pada 24 November ini, setiap Ahad jam 9 malam, bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan Saluran Astro Ria (104).

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Disebut-Sebut Sertai GV11, Anis Suraya Enggan Lagi Terlibat Dalam Industri Hiburan & Pertandingan - “Maaf Jika Ada Yang Masih Menunggu”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Ronnie Hussein Sebak Impian Arwah Ibu Tak Kesampaian Tengok Beraksi Di Pentas GV – “Dia Percaya Yang Saya Boleh Buat & Banggakan Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Ning Baizura Terbuka Bakal Dikomen Juri & Rakan Industri - "Datuk Syafinaz Memang ..."

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Terbuka Hati Selepas Buat Persembahan Bersama Noryn Aziz, Liza Aziz Akhirnya ‘Say Yes’ Untuk Bertanding - “Saya Rasa Ia Masa Yang Sesuai”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Sanggup Ambil Cuti 4 Bulan Tanpa Gaji, Arrora Salwa Ambil Kelas Vokal Untuk Persediaan - “Kalau Dulu Saya Mungkin Kosong Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Ning Baizura, Ronnie Hussien, Liza Aziz, Shiela Abdul & Reshmonu Antara 14 Bintang Yang Bakal Bertanding Tahun Ini!

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Suami Kurang Yakin Masih Boleh Menyanyi, Illa Sabry Terus Ambil Kelas Vokal - "Kita Jadi Isteri Pun..."

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar