Gegar Vaganza 7

GV7: Beza Markah Nomad Dan Oja Sikit, Ini Recap Dan Komen Juri Di Konsert Ketiga

Mya Amri
26/10/2020
03:20 MYT
Sponsor Banner
GV7: Beza Markah Nomad Dan Oja Sikit, Ini Recap Dan Komen Juri Di Konsert Ketiga
Konsert ketiga Gegar Vaganza 7 (GV7) berakhir apabila tiada penyingkiran diumumkan.
Bertemakan ‘Cobaan’, kesemua bintang yang dikehendaki menyanyikan lagu di luar ‘comfort zone’ masing-masing telah menyampaikan lagu tugasan mereka dengan baik.
Ayu Damit yang menyampaikan lagu ‘Senyuman Ragamu’ mengungguli tempat teratas dengan markah sebanyak 80.60 %.
Manakala Indigo menduduki tangga terakhir dengan markah sebanyak 50.60 %.
BACA: Indigo Nyaris Tersingkir Di Minggu Ketiga GV7, Yantzen Masih Bertanding di GV7
Yantzen bagaimanapun tidak dapat membuat persembahan atas sebab masalah kesihatan namun masih lagi kekal bertanding untuk minggu seterusnya.
BACA: “Memang Sudah Rancang Tiada Penyingkiran, Doakan Yantzen Cepat Recover” – Produksi GV7
Sementara itu di awal rancangan Oja diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi apabila mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu ini.
Anugerah CUCKOO Healthy Home pada minggu ketiga juga menjadi milik Oja yang menyanyikan lagu berjudul Satu Peluang selepas menerima kicauan (tweet) dengan undian hashtag paling banyak di media sosial sepanjang siaran langsung.
Dalam pada itu segmen Kongsi Rezeki menyaksikan pelakon dan penyanyi era 1960-an, Mimi Loma menerima RM10,000 sumbangan Farm Fresh dan Astro.
Persembahan bintang pada konsert ketiga dinilai oleh juri tetap GV7, Datuk Ramli Ms dan Khadijah Ibrahim manakala juri jemputan pula adalah penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat.
Mungkin ada yang terlepas, apa kata jom imbas kembali komen-komen padu yang diberikan juri kepada bintang-bintang GV7.
1.Ayu Damit - Senyuman Ragamu (80.60 %)
“Pentas besar dan awak gunakan dengan baik. Berinteraksi dengan pemuzik dan awak faham lagu. Sudah tentu ada sikit-sikit tak mengapa. Good job,” - Datuk Khadijah Ibrahim.
2.Noraniza Idris - Akan Ku Tunggu (73.40 %)
“Semua orang tahu awak boleh menyanyi. Hari ini awak buktikan sekali lagi. Awak enjoy atas pentas. Yang penting suara awak sendiri, suara awak kita pejam mata pun dah tahu itu Noraniza idris. Individualiti itu penting,” - Datuk Syafinaz
3.Linda Nanuwil - Akar dan Bumi (70.80 %)
“Ini bukan awak biasa buat cuma hati-hati. Saya risau dengan peti suara awak. Sangat bertenaga tetapi lower range awak juga perlu hati-hati. Saya puji effort awak,” - Datuk Syafinaz.
4.Muss - Syair Laila Majnun (69.60 %)
“Suara hari ini jernih, tak banyak merengek. Dia tidak merengek macam nak kerat leher orang. Sedap je saya dengar. Adalah Scooby doo sikit-sikit,” - Datuk Ramli Ms
5.Aju Success - I Love You I Miss You (68.80 %)
“Suka tengok abang penampilan bersih, nampak muda. Part cakap Kelantan tu dia menyebabkn lagu ni nampak cute. Dari segi teknikal tak ada masalah cuma sebutan sahaja contoh macam baby. Tapi secara keseluruhan semuanya okay,” - Datuk Syafinaz
6.Nomad - Aku Skandal (63.60 %) “Attitude atas pentas kamu tekun. Tekun nak mempertingkatkan diri. Tadi kenapa ubah lirik dua kali? Salah tetap salah, markah tetap potong. Tapi apa yang penting atitude 360 darjah tu kamu tekun lakukan,” - Datuk Ramli Ms.
7.Oja - Satu Peluang (63.00 %)
“Banyak improvement minggu ini. Lagu ini sesuai dengan Oja. Attitude dan awak enjoy atas pentas itu yang penting buat ibu,” - Datuk Khadijah Ibrahim
8.Rozita Izlyn - Di Dadaku Ada Kamu (60.60 %)
“Saya nampak awak happy dengan lagu ini. Cara awak nyanyi nampak so much fun, inilah yang kita nak tengok perubahan dari minggu ke minggu, sesuatu yang baru. Keep it up,” - Datuk Khadijah Ibrahim
9.Eva - Hang Pi Mana (59.80 %)
“Kurang vroom, terlalu hati-hati. Tapi okaylah,” - Datuk Ramli Ms
10.Ashira – Penasaran (56.20 %)
“Saya rasa awak penat, itu satu cabaran. Awak harus faham dengan lagi dinyanyikan tapi attitude dan lenggok lagu ini saya suka. Selain dari penat itu tadi, awak dapat menyampaikannya dengan attitude yang bagus,” - Datuk Khadijah Ibrahim
11.Cliff Umar - Keroncong Untuk Ana (53.40 %)
“Saya nampak struggle tapi ada usaha. Sebagai penyanyi lama awak harus cakap kalau awak tak dengar atau bunyi tak sedap. Sebagai penyanyi awak harus rasa bagus dengan diri sendiri. Pada awal tadi awak nampak rushing dan pernafasan awak juga terlalu kuat. Secara keseluruhan usaha yang bagus tapi perlu lebih banyak masukkan imej kemelayuan seperti yang awak cakap,” - Datuk Syafinaz.
12.Indigo - Cinta Abadi (50.60 %)
“Saya suka tenaga macam ini tapi dalam energi tu banyak benda saya kena ambil kira macam pitch, harmoni dan nafas. Itu pun kena ambil kira. Keep it up,” - Datuk Ramli Ms
BACA: Corat-Coret GV7: Rock Comel Versi Kak Ani, Senyuman Manis Rozita Izlyn & Ashira Balik Maraton?
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar