Artis Korea
“Bae Ro Na…” - Oh! Rupa-Rupanya Taeyang Pun Peminat Penthouse
Penyanyi dan anggota kumpulan BIGBANG, Taeyang juga nampaknya tidak dapat lari daripada fenomena drama hit Korea, The Penthouse 2.
Baru-baru ini Taeyang telah memuat naik klip pendek merakamkan bunyi burung-burung berkicauan menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.
“Burung jenis apa yang berkicau seperti ini?” tulisnya.
Bagaimanapun soalan Taeyang itu diganti dengan pertanyaan seorang peminat mengenai drama Penthouse 2.
“Adakah anda menonton Penthouse?” soal salah seorang peminatnya.
Taeyang kemudiannya menjawab soalan berkenaan dengan mengiyakan pertanyaan tersebut.
“Ya… R.I.P Bae Ro Na,” tulisnya.
Respon itu menarik perhatian peminatnya yang rata-rata tidak menyangka Taeyang juga terjebak dengan siri Penthouse sama seperti penonton lain.
Episod minggu lalu menyaksikan Bae Ro Na disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tangga akibat ditolak oleh Eun Byeol.
Lebih memilukan lagi, leher Ro Na telah dikelar oleh Eun Byeol dengan menggunakan piala kemenangan juara terdahulu.
Tidak cukup dengan itu, kemunculan Logan Lee dan seorang wanita misteri berambut pendek mirip Shim Soo Ryeon pula sudah cukup membuatkan netizen kembali ‘gila’.
Bagaiamana pula untuk episod minggu hadapan? Apa pula yang bakal terjadi?
Jangan lupa saksikan tayangan perdana Penthouse 2 setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.
Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.
Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.
Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.
Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).
Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.