Artis Korea
“Ji Hyo Please Jangan Nangis…” - Emosinya Episod Akhir Running Man Dengan Lee Kwang Soo
Sama ada mahu atau tidak, episod akhir Running Man bersama Lee Kwang Soo tiba juga.
Sepanjang episod bersiaran anggota Running Man lain kerap mengusik Kwang Soo untuk menyembunyikan rasa sedih.
Running Man kali ini juga agak istimewa kerana Kwang Soo telah bertemu dengan pihak produksi lebih awal untuk membuat perlumbaan yang penuh dengan kenangan bersama ahli yang lain.
Seperti yang diinginkan Kwang Soo, perlumbaan dibuka di lokasi yang sama di mana Running Man telah memulakan penggambaran mereka sejak sebelas tahun yang lalu.
Bagaimanapun sewaktu tiba di bahagian akhir, kesemua anggota Running Man telah mencoretkan isi hati masing-masing menerusi sekeping surat.
Paling sebak apabila Song Ji Hyo tidak dapat menahan air mata sewaktu sesi tersebut berlangsung.
Untuk mengetahui apa yang terjadi seterusnya, saksikan episod akhir Running Man bersama Lee Kwang Soo yang akan ditayangkan malam ini pada jam 11 malam di ONE (saluran 393).
Terdahulu, Running Man mula ditayangkan pada 11 Julai 2010 dan anggota asalnya adalah Yoo Jae Suk, Jee Seok Jin, Kim Jongkook, HaHa, Song Ji Hyo, Kang Gary, Lee Kwang Soo, Song Joong Ki dan Lizzy.
Kini Running Man ditambah dengan dua ahli baru iaitu Jeon So Min dan Yang Se Chan selepas ketiadaan Song Joong Ki, Lizzy, serta Kang Gary.
Bagaimanapun pada 27 April lalu, Kwang Soo juga telah membuat keputusan mengejut apabila memilih untuk mengundurkan diri dari Running Man selepas 11 tahun bersama.
Keputusan itu dibuat kerana Kwang Soo memerlukan masa untuk pemulihan selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya akibat kemalangan tahun lalu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU