Artis Korea

Pelatih Malaysia, Jun Liu Tarik Perhatian Lisa BLACKPINK - “Kemajuannya Mengagumkan”

Mya Amri
30/04/2021
14:30 MYT
Sponsor Banner
Pelatih Malaysia, Jun Liu Tarik Perhatian Lisa BLACKPINK - “Kemajuannya Mengagumkan”
Pelatih berasal dari Malaysia, Jun Liu berjaya menarik perhatian Lisa BLACKPINK yang merupakan mentor dalam program Youth With You 3 (YWY3).
Menurut Lisa, dia tertarik dengan tahap kemajuan dan peningkatan yang ditunjukkan oleh Jun Liu.
“Terdapat ramai pelatih yang dapat menarik perhatian saya, terutamanya Liang Sen, Jun Liu, Tony dan X
“Empat pelatih ini telah bekerja dengan begitu giat. Tahap kemajuan mereka selama ini juga amat mengagumkan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Lisa juga tidak ketinggalan memberikan beberapa tips kepada para pelatih untuk mengurangkan rasa gementar ketika beraksi di atas pentas.
“Setiap kali sebelum rakaman, mereka pasti terlalu banyak berfikir kerana ingin menunjukkan diri mereka yang terbaik.
“Namun secara tidak langsung perkara itu sedikit sebanyak boleh mengganggu fokus mereka. Saya boleh melihat situasi ini ketika mereka berada di atas pentas.
“Saya boleh nampak kerisauan dalam pandangan mata mereka. Tetapi saya selalu menasihatkan mereka, jangan terlalu berfikir sebaliknya menikmati masa mereka sewaktu berada di atas pentas.
“Bertenang… Dengan itu barulah mereka boleh menunjukkan persembahan yang lebih baik,” jelasnya.
Jadi jangan lupa saksikan episod penuh Youth With You 3 di iQ.com atau di aplikasi iQiyi antarabangsa secara PERCUMA.
Youth With You 3 sudah pun ditayangkan pada setiap Khamis dan Sabtu, jam 8 malam.
Rancangan ini juga turut disiarkan di Astro saluran 300 dan juga On Demand, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8 malam.
Terdapat juga dalam sarikata pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar