gaya hidup

‘Dress code’, Tema – Bukan Dibuat Sebab ‘Suka-Suka’. Tapi Nak ‘Educate’ Supaya Hormat Kehendak Majlis, Acara.

Huda Hussain
26/10/2021
06:32 MYT
Sponsor Banner
‘Dress code’, Tema – Bukan Dibuat Sebab ‘Suka-Suka’. Tapi Nak ‘Educate’ Supaya Hormat Kehendak Majlis, Acara.
Berbicara soal menghadiri apa jua acara atau majlis, perkara pertama yang melirik tumpuan kita adalah pakaian dan penampilan seseorang. Tidak kiralah sama ada acara kasual mahupun formal, apa yang disarung itulah yang mengundang mata kita untuk melihat. Baik birthday party anak kawan, majlis akikah dan sebagainya; semua yang kita lihat di media sosial itu pasti terselit sesuatu untuk dipelajari.
Kerana bagi penulis, selain pertuturan dan adab sopan; cara berpakaian seseorang juga melambangkan personaliti dan kredibiliti tanpa perlu kita kenali siapa dia, apa kerjanya dan lain-lain lagi. Suka atau tidak, pasti ada mata-mata yang memandang. Melihat dari kepala sampai ke kaki.
Kredit Foto: Google
Kalau ada yang tidak kena, mulalah dalam hati nak membawang itu ini. Tapi cuba untuk bertahan untuk tidak ‘judge’ orang lain. Barangkali dia ada alasan tersendiri berpakaian sedemikian yang mungkin tidak menepati kehendak majlis.
Dan bagi segelintir daripada kita yang sering menghadiri majlis dan sebarang acara, lazimnya apabila menerima undangan perkara pertama yang diteliti selain tarikh, masa dan tempat adalah tema. Apakah acara itu punya tema tertentu atau ada ‘dress code’ baik dari segi warna mahupun konsep. Dan kenapa perlu ikut segala tema, ‘dress code’ dan sebagainya?
  1. Tanda Kita Hormat Kehendak Majlis
Adat masuk ke tempat orang, pastilah ada adabnya. Kalau sudah tertera dalam jemputan tema sekian, usahakan untuk cuba ikut apa yang ditetapkan. Sudah menjadi kehendak penganjur atau tuan rumah mahu lihat tetamu yang datang tampil dengan tema yang telah disediakan lebih awal, maka cubalah faham dan penuhi. Ya, tiada salah atau betul. Tetapi alangkah moleknya jika kita juga menghormati apa yang telah ditetapkan untuk menjaga etika.
Kredit Foto: Google
  1. ‘Effort’ dan Kreativiti
Ia juga melambangkan kesungguhan kita untuk penuhi kehendak acara. Kalau tema acara sudah tertera ‘black tie’ maka usahakan agar dilihat ‘presentable’ dan kemas. Kalau tema majlis malam berinai umpamanya ala Bollywood ataupun Arabian Night, maka buatlah kerja lebih sedikit. Tak mampu nak beli yang baru, sewa atau pinjamkan daripada kawan-kawan pun sudah memadai.
  1. Kepuasan dan Keyakinan Diri
Walaupun ada yang beranggapan ‘Alah, tak payah nak beria-ia pun. Bukannya artis, siapalah nak tengok?’. Salah ya kalau ada stigma seperti itu. Sungguhpun kita pakai bukan nak ‘impress’ sesiapa, tetapi anggap ia sebagai satu kepuasan peribadi. Bukankah kalau kita dah bersiap cantik dan kemas boleh tingkatkan keyakinan diri?
  1. Cerminan Tingkah Laku
Ia juga menggambarkan sama ada kita ini orang yang patuh pada arahan, suka melanggar peraturan, degil atau yang macam mana. ‘Dress code’ majlis atau acara bukanlah mahu menyusahkan para tetamu tetapi nak meraikan kita dalam satu suasana yang harmoni, cantik dan ‘vibes’ yang menyenangkan.
Kredit Foto: Google
  1. Bukan Selalu Bersiap Cantik
Mudah saja, bukan tiap-tiap hari kita pakai smart casual, black and white, sparkling glam dan sebagainya. Jadi, apa salahnya ambil masa untuk beri tumpuan lebih sedikit. Walau hadir sebagai tetamu tetapi tuan rumah atau penganjur pasti kagum dengan kesungguhan kita. Anggap ia sebagai 'reward' untuk diri sendiri.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar