Read

Si Dia Pasang Lain? Jangan MEROYAN, Kamu Pula Pasang Badan! Jangan Peduli, Teruskan Dengan ‘Life’ Sendiri.

Afiza Kamarulzaman
20/12/2019
11:23 MYT
Sponsor Banner
Si Dia Pasang Lain? Jangan MEROYAN, Kamu Pula Pasang Badan! Jangan Peduli, Teruskan Dengan ‘Life’ Sendiri.
Meera Diduakan Si Tunang Jahanam
Meera sudah bertunang dengan Rizal, setahun yang lalu. Ramai yang sudah tahu Rizal seorang kaki perempuan, namun dek kerana sayang, Meera tetap meneruskan hubungan mereka. Meera yakin mampu melenturkan Rizal selepas kahwin nanti. Dipendekkan cerita, setahun selepas bertunang perangai Rizal semakin menjadi-jadi.
Semakin dekat hari langsung, Rizal semakin banyak buat perangai. Meera pernah terlihat perbualan Whatsapp Rizal ‘bersayang-sayang’ dengan perempuan lain. Malah, ada spy pernah mengirimkan beberapa gambar Rizal berpelukan dengan perempuan lain di sebuah pulau.
Itu semua sudah cukup memberikan bukti kukuh bahawa Rizal menduakan Meera dan bermain kayu tiga di belakangnya.
Ramai kawan-kawan menasihatkan Meera memutuskan sahaja pertunangan mereka. Kata Ana, kalau Meera teruskan perkahwinan ini, Meera akan menderita seumur hidup.
Nasihat Yani pula, kalau Meera masih tidak mahu meninggalkan Rizal, Yani yakin Meera akan makan hati walau sudah beranak-pinak nanti. Tiada siapa percaya Rizal akan berubah. Kalau belum kahwin pun dah berani buat perangai, selepas Meera sudah dimiliki nanti, apatah lagi?
Seorang lagi kawan baiknya, Taty menyuruh Meera pergi serang kekasih gelap Rizal itu. Bersemuka dan beri ‘sedas dua’ kepada perempuan tidak guna itu. Kemudian, pergi ke pejabat Rizal dan buat kecoh di sana biar sampai semua tahu perangai buaya Rizal.
Alang-alang mahu rosakkan hubungan itu rosakkan terus nama baik Rizal juga. Taty tidak mahu Meera terus-menerus melindungi lelaki durjana seperti itu.
Maka, termenung Meera memikirkan beberapa nasihat dan pandangan kawan-kawannya itu. Meera bukan tidak mahu memperjuangkan haknya tetapi Meera bukan jenis perempuan yang suka mencetuskan kekecohan.
Meera diakui perempuan yang baik, sederhana dan tidak banyak bicaranya. Orangnya polos dan tidak pandai bermain kata-kata. Mungkin kerana itulah, Rizal tergamak memperlakukan Meera sebegitu. Dia tahu Meera tidak akan berani mempertikaikan perbuatan Rizal. Hanya menurut sahaja.

Kredit foto: Google

Meera Beri Pengajaran Paling Halus, Tak Perlu Cakap Banyak
Fikir punya fikir, akhirnya Meera sendiri membuat keputusan mengikut kata hatinya. Bukan Meera tidak mahu mengendahkan nasihat kawan-kawan, tetapi Meera tidak mahu jika berlaku sesuatu yang tidak elok nantik dia akan menyalahkan kawan yang memberi nasihat itu.
Meera memandang dirinya jauh ke dalam cermin. Melihat di mana kekurangan dan kelemahannya? Apa yang menyebabkan Rizal perlu pasang lain?
Sebulan Meera menyepikan diri daripada dunia sekelilingnya. Mencari dirinya sendiri. Meera mahu berubah. Berubah bukan kerana Rizal tetapi berubah untuk cuba menjadi yang lebih baik. Keluar daripada belenggu Rizal demi masa depannya sendiri.
Meera cuba kuatkan hatinya untuk tidak langsung mengendahkan Rizal. Panggilan dan WhatsApp Rizal langsung tidak dijawabnya. Apatah lagi apabila diajak berjumpa, Meera melarikan diri.
Dalam masa sebulan itu Meera melakukan transformasi dirinya. Gayanya diubah. Stail sungguh berbeza. Meera meraikan dirinya dengan belajar bersolek, membeli wardrobe baru dan belajar bagaimana membina keyakinan diri?
Bagaimana untuk tampil menyerlah di khalayak? Tidak membosankan dan cara berkomunikasi dengan baik. Meera sudah semakin licik. Dia bijak menggunakan Facebook dan Instagramnya dengan berkesan sekali.

Kredit foto: Google

Pelbagai post selfie dan OOTDnya dimuatnaik dengan kapsyen-kapsen yang sungguh ‘memanggil’. Ramai teman-teman mula perasan dengan perubahan drastik Meera itu, tidak terkecuali Rizal.
Setelah dipujuk berkali-kali sehingga Rizal bertunggu-tangga di depan rumah Meera untuk bertemunya, barulah Meera setuju. Dan, pada pertemuan selepas sebulan itu, pastinya Meera hadir dengan gaya yang paling wow!
Rizal tergamam. Walau Meera tidak perlu berkata apa-apa, Rizal seakan sudah mengetahui apa yang menyebabkan Meera berubah sebegitu sekali. Akhirnya, tanpa perlu Meera minta diperjelaskan, Rizal sendiri membuat pengakuan secara rela.
Katanya, memang benar dia ada mengkhianati Meera namun itu hanya sementara dan dia berjanji untuk meninggalkan semua tabiat buruknya itu selepas mereka bekahwin nanti.
Sekali sahaja Meera membalas ucapan Rizal itu, “Tak mengapa, awak berubah dulu, selepas itu baru cari saya semula…” kata Meera sambal mengembalikan cincin tunang mereka ke tangan Rizal.
Meera lantas berlalu dari situ membuatkan Rizal terkebil-kebil. Mudah sahaja. Untuk membuktikan suatu kebenaran, kadang-kadang ia tidak perlu dibuat dengan kekerasan atau paksaan. Dengan berdiam diri pun kebenaran boleh terbukti asal kita bijak mengatur strategi. Jadilah wanita bijak sepeeri Meera. Baru Nampak harga diri itu mahal.

Kredit foto: Google

10 Pesanan Buat Wanita Saat Diduakan
  • Jangan terburu-buru dalam setiap tindakan
  • Jangan meratap, menangis berhari-hari. Cukup sehari dua melayan perasaan
  • Kamu boleh meminta pandangan orang lain, namun keputusannya nanti harus mengikut apa kata hatimu
  • Jangan bentak-bentak, memaksa pengakuan daripada si dia. Orang bersalah mana nak mengaku tiba-tiba
  • Buatlah apa sahaja yang boleh buat dia terasa secara sinis
  • Mungkin boleh korek rahsia menerusi teman rapat atau keluarganya untuk menguatkan bukti
  • Tidak salah untuk meluahkan perasaan kepada orang tetapi jangan salah pilih pendengar
  • Banyakkan doa dan solat istikharah untuk mohon petunjuk
  • Kuatkan hati untuk keputusan yang bakal diambil. Jika mahu diteruskan, pastikan hati kamu mampu bersedia untuk menempuh sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Dan pastikan juga si dia mendapat pengajarannya terlebih dulu. Jika mahu putuskan, pastikan kamu tabah untuk ‘move on’.
  • Berbincang hati ke hati dengan si dia pada saat yang tepat dan betul.

Kredit foto: Google

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar