Kecantikan

Teruskan Ibu Ambil GAMBAR Anakmu, Setiap Hari Fizikalnya Berubah – Kenangan Adakala Perlu Dirakam.

Afiza Kamarulzaman
19/01/2021
12:03 MYT
Sponsor Banner
Teruskan Ibu Ambil GAMBAR Anakmu, Setiap Hari Fizikalnya Berubah – Kenangan Adakala Perlu Dirakam.
Bayi mengalami perubahan fizikal yang drastik hari demi hari. Sebab itu, selalu kita dengar apabila sudah lama tidak berjumpa seseorang itu, mereka akan kata, “La, dah besar anak kamu. Dulu jumpa kecil lagi...” Ya, walau tempoh lama itu mungkin hanya sebulan dua, namun tumbesaran fizikal si kecil akan berubah dengan jayanya.
Cuba telitikan proses perkembangan si bayi dari hari pertama sehingga berusia tiga bulan:
0-12 bulan
  • Pada minggu pertama, bayi belum memiliki pendengaran yang sempurna namun dapat mengenali suara ibunya. Pada tahap ini, bayi sudah mulai memiliki kemampuan bergerak yang cukup baik seperti menggenggam jari ibunya.
  • Memasuki bulan pertama, umumnya bayi akan mulai mengangkat kepala, merespon kepada suara, memandang wajah hingga melihat pola warna hitam dan putih. Lalu di bulan kedua, bayi sudah boleh mengangkat kepalanya dalam waktu singkat. Perkembangan ini akan berlanjutan sehingga memasuki bulan ke tiga. Saat mengangkat kepala, ia dapat menahannya lebih stabil. Ia juga sudah mampu mengenali wajah, tersenyum dan tertawa.
4 hingga 6 bulan
  • Umumnya, di bulan keempat, bayi sudah dapat menahan berat badan dengan kaki. Pada tahap ini pula, bayi sudah mulai mengacah ketika diajak berbicara. Nah, di bulan kelima beberapa bayi biasanya sudah mulai berguling dan sering bermain sendiri dengan tangan dan kakinya. Pada bulan ke enam, si manja akan meniru suara hingga mulai duduk sebentar tanpa bantuan. Selain itu, di usia ini bayi juga sudah boleh diperkenalkan dengan makanan padat.
7 hingga 9 bulan
  • Di bulan ketujuh bayi sudah mulai merangkak dengan menggerakkan perut. Ia juga akan meniru suara kata serta meraih sebuah benda. Tahap perkembangan bayi selanjutnya adalah mampu memindahkan suatu benda dari tangan satu ke tangan lainnya. Selain itu, ia juga sudah mulai merangkak. Kemudian, pada usia ke sembilan bulan, Ibu dan Ayah harus mulai bersabar ya. Pada tahap ini, si bayi menyukai meraih, menjatuhkan dan melempar objek.
10 hingga 12 bulan
  • Usia 10 bulan boleh dikira sebagai tahap yang ditunggu-tunggu oleh ibu ayah. Pada tahap ini bayi sudah mulai belajar untuk berdiri sendiri walau hanya bertahan beberapa saat saja. Apabila memasuki usia 11 bulan, si kecil sudah mula memahami perintah sederhana daripada orang dewasa. Nah, pada bulan ke-12, bayi sudah mulai melangkah dan dapat menunjukkan keinginannya dengan menggunakan bahasa tubuh.
Kredit Foto: Google
Maka, Jangan Lepaskan Peluang Ini Walau Sedetik
Inilah masa berharga untuk melihat sendiri bagaimana anakmu mengalami perubahan itu. Namun, kita mengerti ada kala ibu ayah tidak berkesempatan untuk sentiasa bersama anak saban waktu. Lebih malang lagi, jika terpaksa berpisah jauh dengan anak sendiri disebabkan faktor kerja dan sebagainya.
Maka, telefonlah menjadi medium perakam semua momen berharga itu. Ada yang memandang sinis kepada segelintir ibu bapa yang kerap merakamkan gambar anak mereka terutamanya selepas melahirkan. Ternyata mereka yang mengecam itulah yang negatif sebenarnya!
Jangan terasa hati wahai ibu. Teruskan sahaja amalan merakam gambar itu. Tiada salahnya. Malah, ia memberikan kesan yang baik apabila dapat mencipta ‘bonding time’ yang berkualiti antara ibu dan anak. Jika ibu dalam mood gembira dan positif, ia akan dapat turut dirasai oleh si manja.
Kredit Foto: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar