Gahnya berdiri bangunan di tepi Jalan Tun Razak ini seumpama mahligai. Mula berfungsi pada September 1999, Istana Budaya menjadi ikon kebudayaan dan artistik rakyat Malaysia.

source: imgur.com
Gambar: www.istanabudaya.gov.my

Istana Budaya selayaknya diletakkan sebagai salah satu ikon Malaysia sebaris dengan Tugu Negara, Dataran Merdeka dan juga Menara Kuala Lumpur. Selain mahsyur sebagai lokasi pementasan teater muzikal dan konsert, Istana Budaya merupakan antara 10 panggung paling canggih di dunia standing Royal Albert Hall di London.

source: imgur.com
Gambar: State Automation

Keunikan Istana Budaya jelas terlihat pada unsur senibinanya yang bercirikan kebudayaan Melayu. Apabila dilihat dari atas, bangunan Istana Budaya berbentuk seperti wau bulan Kelantan manakala bentuk bangunan pula bercirikan sirih junjung. Tangga untuk ke Panggung Sari pula bercirikan tangga tradisional rumah Melayu Melaka.

Istana Budaya terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu serambi lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan.

source: imgur.com
Gambar: www.istanabudaya.gov.my

Kebanggaan Istana Budaya:
Lima persembahan paling menarik di Istana Budaya pilihan Rojak Daily:

Puteri Gunung Ledang The Musical

source: imgur.com
Gambar: www.istanabudaya.gov.my

Teater ini diilhamkan daripada filem Puteri Gunung Ledang pada tahun 2004. Musim pertama ia dipentaskan pada Februari 2006 dan kemudiannya kembali pada musim kedua pada Ogos 2006 dan musim ketiga pada Februari 2009. Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Gusti Puteri Retno Dumilah dan Stephen Rahman-Hughes memegang watak sebagai Hang Tuah. Selain itu, muzikal ini turut dibantu Adlin Aman Ramlie sebagai Sultan Mahmud dan Datuk AC Mizal sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat. Diarahkan oleh Zahim Albakri, dibantu oleh Adlin Aman Ramlie dan turut mendapat sentuhan pengarah muzik Roslan Aziz, pereka produksi Raja Malek dan kareografer terkenal Pat Ibrahim, teater muzikal ini mendapat pujian menggunung dan paling diingati diantara semua persembahan yang pernah dipersembahkan di Istana Budaya.

P. Ramlee The Musical

source: imgur.com
Gambar: www.istanabudaya.gov.my

Mengangkat seniman P. Ramlee sebagai watak utama, ini bukan pertama kali kisah hidup tokoh ternama dipentaskan di pentas Istana Budaya. Teater muzikal yang telah memenangi pelbagai anugerah di Boh Cameronian Arts Awards ini berkisarkan legasi dan hidup arwah P. Ramlee yang dibawakan oleh pelakon Tony Eusoff dengan cemerlang sekali. Pilihan pelakon-pelakon pembantu yang cukup hebat juga membantu muzikal ini terus terpahat di hati penonton. Antaranya adalah Datin Seri Tiara Jacquelina, Lisa Surihani, Nadia Aqilah, Datuk Aznil Nawawi, Douglas Lim, Iedil Putra dan ramai lagi.

Marcell & Dayang Pesona Cinta

source: imgur.com
Gambar: www.istanabudaya.gov.my

Malam 29 Mac 2014 menjadi saksi paduan suara indah Dayang Nurfaizah bersama bintang Indonesia, Marcell Siahaan berkemundang dalam persembahan Pesona Cinta di Istana Budaya. Biarpun pada waktu itu negara sedang bersedih dengan tragedi MH 370, mereka berkongsi kesedihan menerusi lagu Di Pintu Syurga dan turut berdoa. Penonton dihidangkan dengan lagu-lagu popular mereka berdua seperti Seandainya Masih Ada Cinta, Sedingin Mana Cintamu, Kepulangan, Jejaka Idaman, Cinta Untukmu, Kini, Kesepian, Hanya Memuji dan banyak lagi. Rata-rata penonton yang hadir amat berpuas hati dengan persembahan yang diberikan dan sudah pasti, tak tentu arah setiap kali Marcell turun bertemu peminat.

Teater Bahayanya Wanita

source: imgur.com
Gambar: www.istanabudaya.gov.my

Atas permintaan yang cukup luar biasa, teater ini dipentaskan dua kali di Istana Budaya termasuklah satu di Singapura. Teater yang menggabungkan nama-nama besar seperti Zizan Razak, Erra Fazira, Nora Danish, Ziela Jalil dan Erma Fatima menambah mutu kepada teater ini sehingga menerima sambutan yang cukup baik. Walaupun ada komen-komen yang menyatakan teater ini mempunyai unsur 18sx sedikit, namun elemen komedi yang diselitkan menambah kekecohan pementasan teater ini.

Supermokh The Musical

source: imgur.com
Gambar: www.istanabudaya.gov.my

Satu lagi teater yang mengangkat tema kisah hidup lagenda bola sepak negara, Dato’ Mokhtar Dahari, Supermokh The Musical pertama kali dipentaskan pada November 2013 dan sebanyak 17 persembahannya laku bak goreng pisang panas. Kembali atas permintaan ramai, Datuk Hans Isaac tampil menerbitkan musim kedua pementasan teater ini pada September 2014. Dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan, lagu-lagu yang membara jiwa serta barisan pelakon yang mantap, teater ini turut menjadi kegemaran ramai orang. Awie memegang watak sebagai Mokhtar disamping Maya Karin sebagai Tengku Zarina serta para pembantu handalan lain seperti Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak dan Radhi Khalid. SuperMokh mencipta kecemerlangan apabila menjaringkan banyak gol sepanjang kerjayanya sehingga membantu pasukan Selangor memenangi Piala Malaysia sebanyak 10 kali. Pada tahun 1989, beliau disahkan menghidap penyakit distrofi otot dan telah berlepas ke London bagi mendapatkan rawatan lanjut namun telah menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai 1991 pada jam 8.25 pagi.