Kaw

Baggio Bersama Taman Syurga Bukan Koleksi 'Perpustakaan' Awang BPR

Elrafaei Sapi
27/01/2017
08:00 MYT
Seorang penyanyi berpengalaman mempunyai citarasa tersendiri dalam memilih lagu yang sesuai untuk dinyanyikan. Begitu juga, kisah vokalis popular, Baggio yang mahukan lagu baru yang 'segar' daripada komposer terkenal, Awang BPR meskipun mereka sudah bekerjasama sekian lama.
Ceritanya, ketika dia menerima satu projek lagu baru berjudul "Taman Syurga", Baggio tidak mahu karya itu datang daripada koleksi 'perpustakaan' yang pernah dihasilkan rakannya itu. Sebaliknya, dalam tempoh kurang 48 jam dia mula jatuh cinta bermula dua bait sebuah lagu yang mempunyai elemen 'catchy' dan mesra telinga.
"Asalnya ia adalah lagu korporat untuk Riyadhul Jannah tetapi ia dijadikan lagu pop komersial yang bersifat mesra telinga. Saya dengan Awang mempunyai keserasian yang sangat kuat sejak 20 tahun bersama Damasutra dulu.
"Secara kebetulan lagu Damasutra dulu sama dengan lagu ini dari aspek melodi yang mempunyai pengaruh muzik 90-an. Bagaimanapun, lagu ini yang bersifat pop kerohanian mungkin boleh menjadi karya yang mampu bertahan dalam tempoh 20 tahun lagi," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Rojak Daily Kaw di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Baggio atau nama sebenar, Bahagia Daharun menganggap pembabitannya dalam penghasilkan 'single' ciptaan Awang BPR bersama Hairul Anuar Harun sebagai penulis lirik ini bukan sekadar menyanyi tetapi atas rasa tanggungjawab dalam menyampaikan mesej dakwah.
"Dengan kudrat yang saya ada pada saya, album ini dijual pada harga RM10 menerusi acara jelajah dan atas talian di Riyadhul Jannah manakala RM1 akan disalurkan untuk tabung kemanusiaan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sham Visa ada mendengar lagu ini dan menyatakan lagu ini mempunyai komposisi sangat baik dan menyentuh perasaan pendengar termasuk dirinya sendiri," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
Hiburan

Kugiran Masdo Mendunia! Kali Ini Jayakan Festival Muzik Di Mongolia & Korea Selatan

gempak
17/07/2024
15:55 MYT
Selepas sambutan memberangsangkan di beberapa wilayah di Indonesia seperti Bandung, Jakarta, Yogyakarta dan Bali pada Mei dan Jun lalu, Kugiran Masdo melebarkan sayap mereka dengan bermain di festival muzik di Mongolia dan Korea Selatan.
Berita

Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan Pelajar Ketika Tidur

gempak
09/06/2024
00:55 MYT
Seorang guru lelaki ditahan reman tujuh hari bermula 8 Jun hingga 14 Jun di Kompleks Mahkahmah Melaka, Ayer Keroh gara-gara didakwa menghisap kemaluan pelajarnya yang sedang tidur pada Februari lalu.
Hiburan

Persefahaman Baharu Dicapai, Lagu-Lagu Artis Universal Muzik Group Bakal Kembali Ke TikTok

gempak
03/05/2024
11:55 MYT
Universal Muzik Group (UMG) dan TikTok telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan ‘perjanjian pelesenan pelbagai dimensi’ baharu sekaligus menamatkan perselisihan mengenai isu royalti lagu-lagu dari penyanyi di bawah naungan UMG  yang telah digunakan sebagai muzik latar di aplikasi TikTok.
Viral

Alamak Raya Lagi! Mendunia, Jadi Muzik Latar Kumpulan Tarian Terkenal Jepun

gempak
16/04/2024
13:55 MYT
Lagu Alamak Raya Lagi! sekali lagi menjadi sebutan warganet apabila Single yang dinyanyikan oleh De Fam itu digunakan dalam satu video kumpulan tarian Jepun, Avantgardey. Menerusi entri yang dikongsi di Instagram oleh salah seorang ahli Avantgardey yang dikenali sebagai Nona, kumpulan itu dapat dilihat menggunakan lagu tersebut sebagai muzik lat