Kaw

[Eksklusif] 'Rating' Program Televisyen Tidak Mungkin Berjaya Tanpa Media Sosial

Elrafaei Sapi
31/01/2017
09:12 MYT
Kebergantungan orang ramai terhadap media sosial pada masa kini cukup besar dan menjadi semakin penting. Media sosial seperti Facebook dan Instagram bukan saja menjadi medium berkomunikasi antara pengguna tetapi ia menjadi sumber saluran maklumat paling pantas dan terkini.
Naib Presiden, Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, penggunaan media sosial saling membantu termasuk program televisyen sendiri dalam menghebahkan maklumat dan meraih perhatian penonton.
"Tanpa media sosial, 'rating' program televisyen mungkin tidak berjaya seperti hari ini. Nyata, tumpuan dan masa khususnya membabitkan golongan muda lebih lama pada media sosial yang boleh diakses dengan mudah menerusi telefon pintar. Jadi, kita harus menangkan mereka di media sosial menerusi 'personal device' ini yang membuatkan penonton mahu tonton program televisyen yang akan disiarkan," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Rojak Daily Kaw di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, peranan stesen televisyen dalam mempromosikan program mereka sudah berubah apabila jika suatu ketika dulu hanya bergantung pada waktu siaran, promo di radio dan media cetak sebaliknya, peralihan masa menonton TV juga menjadi semakin berkurangan menjadikan telefon pintar sebagai gajet sangat penting.
"Sekarang ia jadi perkara wajib, jika tiada media sosial, besar kemungkinan program itu tidak akan berjaya khususnya jika kita mahu melihat sesuatu perkara itu menjadi viral atau tidak. Sebagai contoh, filem Polis Evo, dari segi pemasaran di televisyen, radio dan media cetak, agak sukar untuk tarik perhatian.
Menerusi media sosial, penonton berpeluang mendapat pelbagai maklumat seperti menonton 'trailer' dan di sebalik tabir. (Gambar: Polis Evo)
"Berbanding di radio tanpa visual tetapi di Instagram, penonton dapat tonton 'trailer' selama satu minit, maklumat terkini dan cerita di sebalik tabir. Adanya media sosial, penonton dapat mengikuti perkembangan filem itu sendiri termasuk di YouTube memaparkan 'trailer' lebih panjang dan penonton tertarik mencari maklumat lain berkaitan," katanya.
Tambahnya, produksi Astro mempertimbangkan sesuatu program itu disiarkan secara langsung atau rakaman apabila impaknya turut melibatkan media sosial. Mengambil contoh program Duo Star yang dirakam terlebih dulu, penonton di studio sudah mengetahui keputusannya dan berkongsi di media sosial.
"Ia masih format baru dan menjadi 'pilot' projek. Kita tidak dapat membendung kebocoran maklumat ini dan mungkin final sepatutnya diadakan secara langsung dan perkara itu perlu dipertimbangkan. Bagi program berkonsepkan pertandingan yang ada keputusan, ia memerlukan masa dan perancangan yang rapi," katanya.
Keputusan program Duo Star yang dirakam terlebih dulu didedahkan penonton menerusi media sosial.
Menjawab isu radio dan televisyen Internet kurang diterima penonton di negara ini, beliau menyatakan sesuatu produk itu perlu mempunyai kelainan dan penonton tersendiri jika mahu berjaya.
"Seperti suatu ketika dulu, semua program 'general entertainment' atau GE dari stesen televisyen percuma dan berbayar tetapi kini Astro mempunyai saluran lebih khusus seperti Astro Oasis untuk program keislaman dan Astro Warna untuk komedi saja di mana kos untuk mewujudkan saluran seperti ini juga adalah besar.
"Bagi Internet TV, ia perlu lebih ringan, ringkas dan murah kerana ia mungkin tidak mampu bertahan lama. Bagaimanapun, 'thinking process' lebih penting iaitu selalunya apabila kita mahu membina sesuatu jenama, jika proses ini tidak tepat boleh menyebabkan kesan jangka panjang sukar.
Program Maxman TV berjaya meraih sambutan penonton menerusi saluran YouTube sebelum ia juga ditayangkan di Astro.
"Kita sendiri pun tidak tau apa yang boleh terjadi pada masa akan datang. Seperti Maxman TV, mereka tidak buat 'programing' seperti Astro atau stesen televisyen percuma lain lain tetapi hanya satu saluran di YouTube. Begitu juga hanya permainan video menjadi satu saluran sendiri ditonton ramai di seluruh dunia.
"Perkara teknologi ada baik dan buruknya. Jika buruk kita perlu faham bagaimana menukarnya menjadi positif. Misalnya, kita bercakap semua penonton percaya pada media sosial tetapi sama ada kebenaran atau pembohongan itu menyebabkan orang lebih percaya khabar angin daripada perkara benar menjadikan ia satu budaya atau fenomena yang berlaku hari ini," katanya yang hanya aktif menerusi Instagram dan WhatsApp.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Isu Sebelah Kaki Peguam Dalam Neraka, Pendakwah Nasihat Netizen Hati-Hati Tinggalkan Komen Di Media Sosial

gempak
26/07/2024
00:55 MYT
Netizen tidak sepatutnya menghakimi pekerjaan orang lain sehingga melibatkan balasan syurga dan neraka pada akhirat kelak dengan mudah.
Hiburan

“Kita Kena Sedar Bila Masuk Dalam Industri Ini Kena Terima Yang…” - Nabil Ahmad

gempak
09/07/2024
06:55 MYT
Penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad berkata seorang selebriti yang memilih untuk masuk dalam industri seni perlu belajar untuk menerima kritikan memandangkan bukan semua orang meminati.
Hiburan

Jadi Sensasi di Media Sosial, MC Baba Rapper Pekak & Bisu Pertama Di Dunia?

gempak
08/06/2024
12:54 MYT
Barangkali ramai yang tidak terfikir bagaimana seorang individu kurang upaya (OKU) pekak dan bisu boleh menjadi rapper atau penyanyi?
Viral

“Speak Now, Taylor” - Peminat Gesa Taylor Swift Buka Mulut Mengenai Palestin Menerusi Surat Terbuka

gempak
30/05/2024
15:55 MYT
Sejak kemelut yang melanda Palestin tahun lalu, penyanyi popular, Taylor Swift dilihat tidak pernah bersuara mengenai hal berkenaan, apatah lagi menggunakan platform media sosial miliknya untuk memberi kesedaran kepada peminat dan warga umum.
Hiburan

Didakwa Meninggal Dunia, Ini Respons Aiman Hakim Ridza - “Lagi Lama Korang Layan Media Sosial, Lagi Banyak Benda Merapu”

gempak
26/03/2024
05:41 MYT
Tak baik fitnah!