Skip to main content

Market Trends

Farawahida Jawap Persoalan Rumah Tangga Berantakan

farawahida-01.jpg

Benarkah rumah tangga penyanyi hitam manis yang pernah mendapat jolokan Kajol Malaysia suatu ketika dulu, Farawahida dikatakan sedang bermasalah, berantakan, goyah atau apa-apa saja yang sesuai menggambarkan yang dirinya kini sudah solo gara-gara jarang memuat naik gambar bersama suami, Shukur Mohd Zain yang dikahwininya sejak Disember tahun 2013.

Tidak melatah dengan andaian ramai.

Situasi sama jelas ketika sambutan raya Aidilfitri lalu, gambar dan memori bersama suami beraya juga tak dimuat naik atau dikongsi di laman sosial terutama di Instagram memungkinkan kebarangkalian andaian yang mula bertebaran itu bagai benar belaka.

Advertisement

Lalu, enggan membiarkan hal itu terus menjadi tanda tanya, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Tanpamu itu ditanya mengenai perihal terbabit. Tidak melatah, sebaliknya Farawahida bagai tahu soalan yang ingin diajukan.

Suami tak suka expose diri.

“Tak benar pun semua cerita itu. Alhamdulillah kami masih bahagia. Rumah tangga kami berjalan seperti biasa. Tiada yang berubah pun. Ikutkan dari dulu lagi, gambar suami saya jarang di sangat di laman sosial. Suami pun bukan suka sangat nak expose dirinya. Ada juga gambar kami berdua. Tapi taklah banyak pun yang dikongsi buat tatapan semua.

Belum rezeki untuk ada cahaya mata.

“Hal ini sudah lama pun. Suami dan saya memahami cara yang dipilihnya untuk tidak terlalu expose. Raya kali ini pun kami masih sempat beraya sama, biarpun sekarang ini kerana tuntutan kerja dia memang kerap berulang alik dari Malaysia ke Indonesia. Cuma ketika saat beraya itu, situasi nak bergambar itu macam tak sesuai. Jadi tak adalah gambar raya berdua,” katanya.

Selepas hampir genap empat tahun berkahwin, persoalan bila nak timang baby itu terus diajukan. Farawahida juga sudah terbiasa dengan soalan itu.

“Kami memang nak anak sangat. Cuma belum ada rezeki. Tak apalah,” katanya.

Farawahida dalam perkembangan lain juga akan mempromosikan lagu duet Mengapa Harus Aku bersama Datin Alyah.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video