Skip to main content

Market Trends

Gandingan Fasha Sandha, Siti Elizad dan Zarul Husin Dalam Syurga Yang Kedua

syurga-yang-kedua-01.jpg

Bakal mengantikan Dendam Aurora yang sudah pun hampir tiba ke hujungnya menerusi slot Tiara di Astro Prima, Syurga Yang Kedua yang diadaptasi daripada naskah sinetron popular Indonesia sudah sedia untuk menghiburkan hari-hari anda.

Teraju utama, Siti Elizad, Zarul Husin dan Fasha Sandha. Antara pelakon hebat yang turut serta.

Dengan barisan pelakon tanah air yang cukup hebat seperti Fasha Sandha, Siti Elizad dan Zarul Husin sebagai peneraju utama, Syurga Yang Kedua turut diperkuatkan lagi dengan Fazlina Ahmad Daud, Dynas Mokhtar, Datuk Jalaluddin Hassan, Azizah Mahzan, Sherry Ibrahim, Amir Nafis, Badrul Muhayat, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Kisah pelbagai konflik kehidupan.

Drama 70 episod arahan sutradara Zamri Zakaria dan Bahri Umar ini memaparkan kisah konflik perkahwinan, pengorbanan, kesetiaan, persahabatan dan pengkhiatan demi mengecap kebahagiaan.

Zarul mula terjun ke dunia lakonan. Mengharapkan chemistry yang hebat antara Zarul dan Fasha.

Syurga Yang Kedua bakal bersiaran di slot Tiara, pukul 6:00 petang, Isnin hingga Jumaat di saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135 bermula 12 Disember ini. Jangan lupa tandakan kalendar anda.

Topik Berkaitan

Must Watch Video