Skip to main content

Market Trends

Jihan Muse Bakal Timang Anak Lelaki

jihan-muse-01.jpg

Pasangan selebriti, Jihan Muse, 35 dan suaminya, Ungku Hariz, 32, dijangka menimang cahaya mata lelaki selepas berita itu diumumkan sendiri oleh pakar perbidanan yang merawatnya.

Perkhabaran menggembirakan itu dikongsi Jihan pada sidang media program baru, Hi Mommy Jihan! petang tadi, usai dimaklumkan doktornya menerusi komunikasi di aplikasi facetime.

Bakal timang cahaya mata lelaki.

“Saya menjalani rawatan di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam di bawah pemantauan Perunding Perbidanan dan Pakar Sakit Puan, Dr Norleen Mohd Salleh.

“Alhamdulillah, selepas melakukan imbasan, kandungan saya disahkan dalam keadaan sihat. Kami juga diberitahu bayi yang dikandung adalah lelaki,” katanya.

Jihan yang kini hamil 33 minggu berkata, dia dan suaminya tidak tahu mengenai jantina bayi mereka sehingga panggilan video terbabit dibuat.

Jangka lahir Januari 2018.

Kedua-dua selebriti berkenaan bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada awal Januari depan.

Sementara itu, program baharu berjudul Hi Mommy Jihan! Akan memaparkan kehidupan harian pasangan terbabit sepanjang menanti detik bayi mereka dilahirkan.

Rancangan berkenaan menemui penonton di Astro Ria bermula 11 Disember lalu.

Saat mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta.

Hi Mommy Jihan! mula ditayangkan di YouTube MeleTOP sejak seminggu lalu dan episod minggu pertama mencecah jumlah tontonan sehingga satu juta.

Terdahulu, hos popular itu mendirikan rumahtangga dengan Ungku Hariz yang juga pelakon pada Mac 2016 selepas sembilan tahun menyulam cinta.

Must Watch Video