Skip to main content

Market Trends

Rumah Tangga Hafiz Hamidun, Joy Revfa Bergelora, Hafiz Minta Tunggu Kenyataan Rasmi

hafiz-hamidun-01.jpg

Bagai ada sesuatu yang cuba disembunyikan Hafiz Hamidun dan isterinya pengusaha kosmetik, Joy Revfa sendiri terhadap rumah tangga mereka.

Baik Hafiz mahupun Joy, masing-masing juga sudah tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial termasuk di Instagram.

Advertisement

Hafiz baru-baru ini yang bercuti ke Phuket juga dilihat tidak bersama isterinya itu. Jelas berkemungkinan besar pasangan ini sedang melalui situasi getir yang diharap tidaklah sampai akan memusnahkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 1 Mei lalu.

“Saya minta semua pihak dapat bersabar kerana satu kenyataan rasmi akan saya buat mengenai perkara itu,” kata penyanyi lagu Zikir Terapi itu.

Namun Hafiz hingga saat ini dilihat terus mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut apakah spekulasi keruntuhan rumah tangganya itu benar-benar terjadi.

Joy atau nama penuhnya, Siti Arifah Mohd Amin sendiri sudah dilihat memberikan bayangan terhadap masalah rumah tangganya menerusi laman Instagram.

Joy sendiri terdahulu tidak menafikan yang sudah ramai mula bertanya mengenai status terkini perkahwinannya dengan Hafiz yang disifatkan sedang berantakan.

Seperti Hafiz, Joy juga belum bersedia mahu menyatakan kedudukan sebenar terhadap apa yang terjadi. Namun Joy memberitahu kesibukan kerja menjadi punca hubungan mereka mula renggang.

“Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang dambakan hal itu. Saya sendiri mahukan keluarga bahagia tapi apakan daya.

“Cuma buat masa sekarang saya tak mahu komen panjang,” katanya.

Beberapa hari lalu Joy kelihatan bagai memberikan simbolik terhadap pergolakan dalaman rumah tangganya menerusi muat naik video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.

Lirik lagu itu berbunyi: "Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu."

Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, 'Seharusnya...lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru.'

Topik Berkaitan

Must-Watch Video