Skip to main content

Market Trends

"Saya Keliru Dengan Skandal Suami" - Adira

adira-01.jpg

Sekali lagi nama penyanyi Adira Suhaimi, 26, naik selepas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu membuat kenyataan menjalin hubungan cinta dengan artis baharu.

Tiada angin mahu pun ribut, lelaki yang sebelum ini sudah berulang kali dikatakan mencipta kontroversi sendiri seperti ingin memancing perhatian masyarakat dengan pengakuan menjelikkan.

Advertisement

Mungkin sudah ‘masak’ dengan sikap suaminya, Adira ketika dihubungi media menegaskan enggan lagi mempedulikan publisiti murahan yang dicetuskan suaminya itu.

Sebaliknya, penyanyi yang turut bergelar isteri nombor dua kepada usahawan terbabit itu mahu memberi fokus terhadap membesarkan anak perempuannya, Anggrek.

"Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal membabitkan suami saya. Malah, saya mengetahui mengenai kontroversi terbaharu ini pun selepas menerima panggilan wartawan sendiri.

"Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan kerana pada saya, dia lebih kepada ingin meraih publisiti murahan.

"Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah membuka aib sendiri? Biarlah saya tidak ambil pusing kontroversi sebegini. Lebih baik saya jaga dan besarkan anak," katanya.

Terdahulu, suami Adira membuat kenyataan menjalinkan hubungan cinta bersama artis baharu dikenali sebagai ‘N, namun ia berakhir selepas isteri keduanya itu mengetahui perkara terbabit.

Begitupun, cerita mengenai hubungannya itu bukan digembar-gemburkan pihak lain atau didedahkan di mana-mana blog, sebaliknya ia diceritakan usahawan itu sendiri.

Adnan sebelum ini terkait dengan kontroversi video dirinya memeluk pelakon, Ruhainies, ketika menaiki tangga bergerak di sebuah pusat beli-belah.

Selepas itu, mengeluarkan pelbagai lagi kenyataan lain yang seakan berusaha keras mencari sensasi supaya dirinya menjadi bahan bualan ramai.

Terdahulu, usahawan hartanah berkenaan berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada Mac lalu.

Sebelum ini beliau sudah mempunyai seorang isteri yang dikenali sebagai Sharifah atau Datin Red dan tiga orang.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video