Skip to main content

Market Trends

Tiket Termahal Konsert Da Bangg The Tour 2017 - Salman Khan Live in Malaysia Berharga RM2,222.00

salman-khan-01.jpg

Selepas 10 tahun tidak membuat persembahan di pentas, aktor sensasi Bollywood, Salman Khan, 55, akan muncul pada konsert Da Bangg the Tour 2017- Salman Khan Live in Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Mines, 14 April ini.

Paling mengejutkan, dalam kegawatan ekonomi, hampir 90 peratus tiket untuk Zon Sultan yang dijual pada harga RM2,222, habis dijual sejak jualan tiket dibuka Februari lalu. Tiket lain berharga RM999 (Zon Da Bang), RM777 (Zon Jai Ho), RM555 (Zon Ready), RM333 (Zon Kick) dan RM111 (Zon Entry Zone).

Masih gagah walaupun sudah berusia 55 tahun.(Kredit Gambar: Instagram Salman Khan @beingsalmankhan)

Konsert itu dianjurkan GHC Solutions Sdn Bhd dan menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jasbeer Singh, tiket paling mahal itu sudah dibeli sejak awal daripada peminat tegar hero itu di Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Singapura.

Tiket konsert laris bak pisang goreng panas!(Kredit Gambar: Instagram Salman Khan @beingsalmankhan)

Bintang ternama India lain yang akan turut membuat persembahan pada konsert itu, Prabhu Deva, Tamannah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

“Pembeli tiket paling mahal berpeluang bertemu artis Bollywood yang terbabit dalam konsert itu pada acara post party konsert,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Peminat-peminat daripada luar negara turut membeli tiket untuk menonton konsert di Malaysia.(Kredit Gambar: Instagram Salman Khan @beingsalmankhan)

Sementara itu Pengerusi GHC Solutions, Datuk Geethanjali G, berkata,  konsert di Malysia itu adalah persinggahan pertama Salman dalam menjayakan konsert terbesarnya tahun ini sebelum dia singgah di Hong Kong, New Zealand dan Australia.

Pembeli-pembeli tiket termahal turut berpeluang bertemu dengan Salman Khan dan artis-artis Bollywood yang terlibat.(Kredit Gambar: Instagram Salman Khan @beingsalmankhan)

Penganjur turut mengundang artis tempatan untuk membuat persembahan namun Geethanjali belum mahu mendedahkannya kerana mahu memberi kejutan kepada penonton.

Kepada peminat yang tak mahu terlepas peluang menonton konsert itu, layari www.AirAsiaRedtix.com atau www.facebook.com/Dabangtourkl.

Must Watch Video