,
Kaw

Wah! Marah Benar Nazim Othman!

Mohamad Bakar
02/03/2018
19:50 MYT
Artis pun manusia juga. Mereka berhak berkata itu dan ini. Namun acapkali mereka juga pantas dihukum hingga tidak boleh berbuat salah. Salah sikit terus dikecam seperti artis ini tiada hati dan perasaan.
Tak kurang juga ada artis yang dilihat cuba menjadi hipokrit kerana bimbang sikap sebenar akan memakan diri.
Baru-baru ini Nazim Othman berkongsi isi hatinya di laman Instagram. Bagai menahan amarah yang tak dapat dibendung, suami kepada Bella Daly itu bersuara.Luahan yang cukup pedas.
Bukan hanya di keterangan gambar yang dilihat begitu daring meluah rasa terbuku, Nazim yang ketika ini sedang melunaskan baki penggambaran drama siri panjang, Monalisa juga menulis kata kata yang cukup pedas serta bermakna. Barangkali juga kata kata itu ditujukan khas kepada netizen yang gemar menjadi pembuli papan kekunci seolah olah mereka suci. Atau mungkin secara khusus ditujukan kepada seseorang.Semua manusia ada dosa.
Dont judge people, just because they sin differently than you. Semua manusia ada dosa. Kau tahu kan siapa insan yang maksum? Bukan kau, bukan aku. So shut the ‘F’ up.
“Kalau hidup sendiri tunggang langgang tak payahlah kau sibuk nak ‘menganjing’ orang lain. Pergi betulkan hidup kau. Bab mengata orang cepat pula otak kau berfungsi kan?,” kata Nazim.Letakkan jangkaan mengarut pada penggiat seni.
Malah Nazim juga terang terangan berkata yang dia memang anti idiot, anti bullshit dan anti acah acah mulia.
Katanya lagi, menjadi public figure bukan semudah seperti mana dilihat pada mata kasar. Baginya, orang luar sering meletakkan jangkaan yang adakalanya mengarut kepada golongan seni sepertinya.Artis tak boleh 'cakap sebarangan.'
“Aku tak tahu fasal orang lain, tapi aku bersuara bagi pihak aku sendiri. Contoh senang bagi kaca mata orang luar, public figures kena jaga tatasusila, kena sopan santun, sentiasa jaga imej, kekal positif sepanjang masa seolah-olah kita orang ini robot yang dikawal selia oleh orang lain. Aku tak boleh buat itu tak boleh buat ini, padahal aku ini manusia dan “Tak boleh cakap sebarangan”.Semua kena control.
Get real. I have emotions, I have flaws , I’m imperfect. Aku pernah kena marah dengan orang-orang terdekat dengan berkata, Nazim, you kena control kata-kata dan perbuatan, jangan lepaskan perasaan dekat social media sebab ia akan bagi kesan buruk pada pandangan orang luar dan juga kerjaya.Tersalah laku sikit, pantas pembuli tulis komen.
What’s up with all these rules? I’m not a puppet. I have my own perspectives. Why do I need to hold it all to myself? Aku kalau share benda inspirational, tak ada siapa nak peduli. Tapi kalau berkaitan hal-hal peribadi atau tersalah laku sikit, wow pantasnya masing-masing type komen. Belum kira mulut longkang membawang itu dan ini bagaikan tiada hari esok. Sempurnakah dikau?,” tulisnya lagi.Betulkan persepsi 'artis milik masyarakat.'
Tambah Nazim lagi, dia masuk bidang seni ini sebab itulah kerjayanya.
I love my job. As I grow in this line, the more I’m in love with what I do. Aku jual hasil kerja aku sebagai pelakon bukan aku menjaja kisah peribadi aku. Kalau orang tak terima kerja aku, that is something major that I need to improve. As a matter of fact I am still improving. However, people do not have right to control me as an individual. “Artis milik masyarakat”.Berkaitan kerja, bukan hal peribadi.
“Tuan-tuan dan puan-puan serta ahli syurga sekalian, artis adalah milik masyarakat sepenuhnya apabila berkaitan dengan hasil kerja mereka. Tapi apabila berkaitan dengan soal peribadi, terpulang kepada public figure itu sejauh mana dia nak kongsi kisah peribadi dia. Jangan disalahertikan statement itu. Mohon betulkan perspektif itu.
“Patutlah ramai public figure depressed sampai menggila sebab hidup macam dalam sangkar. Belum kira yang bunuh diri sebab expectation orang luar yang tak masuk akal. I’m exhausted but I’ll keep on going strong,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Hiburan

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

gempak
07/09/2024
12:55 MYT
Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.