Kaw

Ziana Zain Pinta Doakan Yang Terbaik Untuk Dirinya dan Anak-Anak

Alexander Hadreez Jr
28/03/2018
04:12 MYT
Sponsor Banner
Ziana Zain Pinta Doakan Yang Terbaik Untuk Dirinya dan Anak-Anak
"Apa sahaja keputusan yang membabitkan rumah tangga kami, harus difikirkan secara bijaksana kerana banyak hati yang perlu kami jaga," demikian kenyataan yang dikeluarkan penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain berhubung kemelut yang melanda rumah tangganya baru-baru ini.Hati-hati dalam berbicara.
Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berombak begitulah juga pendekatan yang akan diambil dia dan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri dalam menyelesaikan masalah mereka itu.Isu mahkamah sangat sensitif.
"Ketika ini masing-masing memerlukan ruang dan masa untuk berfikir. Saya ada benda yang perlu dibuat, begitu juga dirinya.
"Lagipun perkara ini sudah di bawa ke mahkamah jadi ia sangat sensitif. Sebarang keputusan yang dibuat, kami perlu berfikir masak-masak memandangkan ada banyak hati yang perlu kami jaga," ujar penyanyi berusia 49 tahun ini kepada Rojak Daily Kaw!Tidak pernah lari daripada wartawan.
Tenang menjawab soalan yang diajukan kepadanya, si pelantun Putus Terpaksa dan Syurga Di Hati Kita ini turut ditanya mengenai sikapnya yang berani berdepan dengan khalayak tatkala kisah peribadinya menjadi tumpuan.
Malah Ziana juga turut dikagumi kerana tidak pernah melarikan diri dari media dan tetap memberikan kerjasama untuk diwawancara.Lakukan kerana hormati kerjaya seni.
Menjawab pertanyaan itu, kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini berkata semuanya itu dilakukan kerana beliau sangat menghormati kerjaya seninya itu.
"Kita ada tanggungjawab terhadap peminat dan industri. Kalau kita lemah, kita akan kalah. Saya perlu kuat kerana ini adalah periuk nasi saya. Tuhan itu Maha Kaya dan saya percaya setiap perancangannya pasti ada hikmah yang menanti.Sokongan banyak pihak beri kekuatan.
"Kita tidak tahu apa yang berlaku di hadapan nanti. Dalam hal ini saya lebih suka mengikuti apa yang sudah direncanakan untuk kita. Just go with the flow," katanya yang ditemui selepas menjayakan sebuah program anjuran televisyen milik kerajaan malam tadi.
Tambahnya, doa serta sokongan dari pelbagai pihak juga turut menyuntik kekuatan padanya.
"Teruskan doakan yang terbaik untuk masa depan saya dan anak-anak," pinta Ziana."Just go with the flow".
Pelakon filem Sembilu ini berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan apakah dia dan suaminya itu sudah kembali tinggal serumah selepas Armin yang juga bekas peramugara itu dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya atas tuduhan mencederakan anak mereka pada 24 Februari lalu.Empat cahaya mata bersama suami.
Mengikut pertuduhan, Armin, 53, yang berkerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Armin dan Ziana mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19; Muhammad Ammar, 14; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024