Kaw
Zulin Aziz Akhirnya Muncul Dengan Single Pertama
Rojak Daily Kaw! tabik spring dengan Zulin Aziz yang akhirnya merealisasikan impiannya untuk bergelar penyanyi secara komersial. Kehadiran single Terbiar ciptaan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar itu akhirnya dilancarkan baru-baru ini.
Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal itu memberitahu peluangnya merakamkan lagu itu hadir secara tiba-tiba oleh komposer Aiyad sendiri. Lagu itu bergenre bossa balada.
“Ketika itu saya menyanyi di sebuah pusat karaoke bersama rakan. Turut serta ialah Aiyad sendiri dan beliau kemudiannya menawarkan lagu kepada saya secara serius.
Zulin bersama team Suria FM di majlis pelancaran single beliau. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
“Atas dasar mencabar diri saya sahut cabarannya. Ia juga jadi buah tangan untuk peminat yang selama ini melihat saya menyanyi hanya di Instagram dan YouTube,” kata Zulin yang juga penyampai radio Suria FM.
Tambah Zulin, oleh kerana terlalu kerap mengajuk suara penyanyi lain, dia terpaksa mengambil masa setahun untuk kembali mencari identiti sebenar bagi tujuan rakaman lagu Terbiar.
“Saya terpaksa melalui proses rakaman suara beberapa kali sepanjang 2015 kerana hal itu. Kerana terlalu kerap mengajuk suara penyanyi lain, ia beri kesan kepada lagu sendiri,” katanya.
Zulin memulakan kerjaya seninya selepas mencuba nasib dalam program realiti bakat seni, Pilih Kasih pada 2009.
Must-Watch Video