,
Lifestyle

Jangan Tahu Telan Je, Ini Fakta Anda Perlu Faham Tentang Antibiotik!

Hanafis Haris
30/10/2018
06:06 MYT
Setiap kali kita ke klinik, adakalanya pasti doktor akan memberikan antibiotik untuk dihabiskan.
Namun tahukah anda sebenarnya ada beberapa perkara yang anda perlu tahu jika diberikan antibiotik. Bukan sekadar telan saja okay!
Kami senaraikan kesemua fakta ini.

#1 RAWAT JANGKITAN BAKTERIA

via GIPHYApa sebenarnya antibiotik ini? Secara umumnya, antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.
Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan virus seperti demam biasa, selesema dan bronkitis akut iaitu sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan di dalam paru-paru.

#2 ANTIBIOTIK PERLU DIHABISKAN

via GIPHYIni antara yang biasa kita dengar. Ubat antibiotik perlu dihabiskan kecuali dalam beberapa keadaan seperti antibiotik dalam bentuk ubat titis mata dan perlu dibancuh sendiri.
Sentiasalah patuhi arahan doktor atau ahli farmasi.

#3 ANTIBIOTIK BOLEH MENGAKIBATKAN ALAHAN

via GIPHYAnda perlu memberitahu doktor jika terdapat alahan terhadap jenis ubat diambil sebelum ini. Ini kerana antibiotik juga boleh mengakibatkan kesan sampingan serius terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin.
Sekiranya terjadi ruam, bengkak atau suhu badan menaik mendadak hingga 38 darjah celsius selepas mengambil antibiotik, segeralah berjumpa doktor.

#4 MINUM AIR BANYAK

via GIPHYJika anda makan antibiotik maka ambil lah air secukupnya. Sesetengah antibiotik dikumuhkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing.
Oleh itu banyakkan minum air untuk memudahkan penyingkiran sisa antibiotik melalui buah pinggang.

#5 JANGAN SESEKALI MAKAN LEBIHAN ANTIBIOTIK

via GIPHYJangan sekali-kali mengambil antibiotik tanpa preskripsi atau arahan doktor!
Selalunya, jika anda tidak menghabiskan antibiotik yang dipreskrib, anda mungkin akan terdorong untuk menggunakan baki yang ada pada masa akan datang. Lebih teruk lagi jika anda bermurah hati memberikannya kepada orang lain.
Sebenarnya, antibiotik merawat jenis jangkitan yang khusus dan antibiotik anda mungkin tidak cukup untuk merawat jangkitan yang baru. Jadi janganlah pandai-pandai makan lebihan atau sedekah kepada pihak lain ya!
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi tentang aspek kesihatan anda bolehlah rujuk di laman portal Myhealth.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Berita

567 Penumpang Feri Kandas Di Beting Pasir Selamat Tiba Di Langkawi

gempak
17/09/2024
05:25 MYT
Setelah terkandas lebih 8 jam, feri Bahagia 168 yang membawa 567 penumpang selamat tiba di Langkawi kira-kira pukul 10.40 malam tadi.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Viral

‘Abang Bas’ Sebak Selepas Dibebaskan, Peguam ‘Pencil Box’ Hadir Ke Mahkamah Bantu Proses Pembayaran Wang Jaminan RM40,000

gempak
17/09/2024
04:25 MYT
Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar pada Selasa membantu pemandu bas atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Bas’ dalam proses membayar wang jaminan sebanyak RM40,000 di Mahkamah Sesyen Muar, Johor.