BERITA
Korea Selatan Berjaya Singkirkan Bekas Juara Piala Dunia Empat Kali!
Pasukan bola sepak Korea Selatan berjaya melakar kemenangan paling bermakna buat negara mereka apabila menumpaskan Jerman dengan jaringan 2-0, malam tadi.
Pada perlawanan yang cukup sengit itu, Korea Selatan membuktikan kehebatan mereka selepas Kim Young-gwon dan Son Heung-min menjaringkan gol pada masa tambahan.
Kejayaan paling bermakna yang menjadi kebanggaan buat negara Asia ini sekaligus menyingkirkan Jerman yang berada di kedudukan terbawah kumpulan F.
Gol pertama Korea Selatan pada minit ke-93 mencetuskan kontroversi apabila dikatakan 'offside' tetapi pengadil memberikan jaringan tersebut selepas menonton semula babak jaringan menerusi monitor yang dirakam daripada sistem Video Assistant Referee (VAR).
Jaringan gol kedua Korea Selatan pada minit ke-96 pula memang diluar jangkaan apabila penjaga gol Jerman bertindak naik ke atas sehingga terbuka gawang gol sebelum Son Heung-min menjaringkan gol kedua.
Kejayaan Korea Selatan ini turut diraikan pasukan Sweden yang menang ke atas Mexico dengan keputusan 3-0.
Ini bermakna Jerman yang pernah menjadi juara Piala Dunia sebanyak 4 kali akhirnya tersingkir buat kali pertama kali dari saingan pusingan pertama Piala Dunia kali ini sejak tahun 1938.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Twitter @8Fact_Footballl
Must-Watch Video