Skip to main content

Market Trends

Maldives Isytihar Darurat, Apa Yang Pelancong Harus Lakukan?

darurat.jpg

Negara Maldives telah diisytiharkan darurat oleh Presidennya, Abdulla Yameen selama 15 hari, berkuat kuasa semalam, 6 Februari 2018.

 

Pengumuman yang dibuat oleh pembantu presiden, Azima Shukoor itu dijangka memburukkan lagi krisis politik yang sedang melanda negara tumpuan pelancong tersebut.

 Maldives sangat terkenal dengan keindahan pantainya.

Pasukan keamanan telah dikerahkan di ibu negara Maldives, Male, untuk berjaga-jaga seiring keadaan politik yang getir kini.

 

Begitu pun menerusi CNN, Kementerian Luar Negeri Maldives mengeluarkan kenyataan yang menegaskan bahawa situasi darurat ini tidak menjejaskan industri pelancongan negara itu.

  

Semua perniagaan terlibat dalam industri pelancongan akan beroperasi seperti biasa dan situasi di Maldives masih stabil. Status darurat ini tidak memberikan larangan melancong ke Maldives.

 Hairul Azreen dan Hanis Zalikha antara selebriti yang pernah berkunjung ke Maldives.

Namun, ada sejumlah negara yang telah mengeluarkan peringatan berjaga-jaga antaranya China, India, Singapura dan Amerika Syarikat (AS). China mengeluarkan peringatan ini seiring dengan sambutan Tahun Baru Cina pada 16 Februari ini. Para pelancong disarankan untuk tidak berangkat ke Maldives sampai situasi mereka reda.

 

Begitu pula dengan AS, yang meminta agar warganegaranya berhati-hati jika sedang berada di Maldives dan menjauhi kawasan yang terlibat aksi protes. 

  

Perintah darurat itu adalah yang kedua dikeluarkan oleh Abdulla selepas kali pertama beliau berbuat demikian pada November 2015, selepas mendakwa ada cubaan untuk membunuhnya

Topik Berkaitan

Must-Watch Video