LIFESTYLE
Mentaliti Kelas Ketiga, Ini 7 'Kebanggaan' Rakyat Malaysia
Tanggal 9 Mei lalu, kita secara rasminya telah bertukar kerajaan. Walaupun sukar diterima sesetengah pihak, namun itulah yang perubahan yang dimahukan rakyat Malayisia.
Dalam erti kata mudah, kita sedang memasuki era Malaysia baru. Kerajaan baru, menteri baru, sistem baru, fahaman, ideologi, semuanya baru.
Namun tidak kiralah beberapa kali ia dicanang, ada satu perkara yang mungkin tidak baru buat kita semua. Mentaliti!
Kami senaraikan contoh-contoh mentaliti kelas ketiga ini supaya menjadi pedoman buat kita semua.
Kita mulakan dengan fasiliti baru menjadi kebanggaan semua iaitu Transit Aliran Massa (MRT). Masih anda ingat apa yang berlaku beberapa hari selepas ia dilancarkan? Vandalisme!
#1. MAHAL PUN APA ADA HAL

Sudahlah dibina dengan perbelanjaan sekitar RM20 bilion, ada pula anasir yang merosakkan kemudahan ini. Daripada dinding, tempat duduk sehingglah tandas, semua dicacatkan dalam masa lima hari! Hebat tak?
Adakah masyarakat masih belum bersedia menerima kemudahan pengangkutan canggih dan bertaraf dunia?
Jika ditangkap, mereka ini didakwa dibawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), yang boleh membawa kepada denda RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.
Nampak remeh, tetapi jika sudah menyebabkan kematian, adakah kita mahu pandang sebelah mata?
#2. NO TONG SAMPAH NO PROBLEM
.jpg)
Kalau ada yang terlupa, terdapat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat 16 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam. Mudah, cepat dan tidak menggunakan banyak tenaga, campak saja!
Selain campak mencampak dari atas, tidak kurang juga yang hanya membiarkan longgokkan sampah ditepian tangga. Mungkin individu terbabit yakin ada orang yang mengutipnya nanti.
Secara jujurnya saya juga dahulunya begitu, namun semuanya boleh diubah. Tidak perlu jauh-jauh untuk melihat budaya ini, cukuplah jika anda ke restoran makanan segera seperti McDonald's, Starbucks, KFC mahupun IKEA.
#3. MCDONALDS, KFC? DARI DULU LAGI
.jpg)
Lepas makan dibiarkan saja bersepah atas meja. Malah ada juga yang melenting mengapa pekerja tidak mengemas meja makan.
Jika dibandingkan negara luar (tidak semua), mereka dididik supaya membersihkan meja dan membuang saki baki sampah sendiri. Cuma di Malaysia budaya itu masih ‘hijau’.
Mungkin selepas gambar dimuat naik Menteri Belia dan Sukan kita, masyarakat lebih bersemangat.
Bulan lalu, BookXcess telah dibuka kepada orang ramai. Apa yang menarik mengenai port ini, ia adalah satu-satunya kedai buku yang beroperasi 24 jam.
#4. KEDAI BUKU PUN JADI MANGSA

Namun! Tidak sampai lima hari dibuka, kesucian tempat ini telah pun dirobek dengan perlakuan tidak menyenangkan.
Bukan saja buku dibiarkan selerak, botol serta bekas makanan pun dibiarkan berselerak begitu saja.
Sayang 1000 kali sayang, tempat yang sepatutnya menjadi syurga si ulat buku, kini dicemari dengan kelakuan ini.
Satu lagi keluhan berat netizen yang selalu terpampang di media sosial. Pastinya anda sering melihat rungutan ini bukan?
#5. SIGNAL MANA SIGNAL?
.jpg)
Hakikatnya, memang ramai lagi pengguna jalan raya yang liat untuk memberi signal. Mereka sesuka hati menukar lorong tanpa memberikan isyarat dan terus meluru masuk ke simpang.
Akibatnya, ramai menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak ini. Anda boleh lihat video rakaman di bawah.
#6. MEROKOK IKUT SUKA HATI

Namun, apa yang membimbangkan jumlah ini tidak hanya merangkumi perokok semata-mata, malah turut membabitkan mereka yang menghidu asap rokok.
Kerap kita melihat individu yang menghisap rokok di tempat awam tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Sebenarnya gejala ini harus dibuang jauh-jauh. Terdapat kes dimana bayi berusia satu bulan meninggal dunia kerana komplikasi daripada asap rokok.
Satu lagi masalah serius yang membelenggu negara ini adalah kerakusan pemandu memandu di lorong kecemasan! Adakalanya dilakukan secara berjemaah.
#7. PANDU LORONG KECEMASAN
.jpg)
Terdapat banyak kes membabitkan isu ini dan antaranya adalah pada Mei 2016. Dua ambulans berhadapan kesulitan dan kelewatan mengambil mangsa kemalangan di KM222 Lebuhraya Utara-Selatan selama lebih sejam kerana tidak dapat melalui lorong kecemasan yang dipenuhi kenderaan awam.
Akibatnya? Dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu tidak berjaya diselamatkan.
Sejurus selepas itu, tular pula sebuah jentera bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulai mengalami kelewatan ke lokasi kemalangan di lebuh raya dari Kulai ke Sedenak di Johor, kerana kedegilan pemandu terus menggunakan lorong kecemasan.
Persoalannya, adakah tabiat terkutuk ini masih mahu diteruskan? Sampai bila rakyat Malaysia mahu mengamalkan budaya ini? Tepuk dada tanyalah diri sendiri.
Must-Watch Video