Lifestyle
Scha Alyahya, Wajah Terbaru Koleksi Raya H&M
Jenama fesyen terkenal, H&M telah memgumumkan Scha Alyahya sebagai wajah baru koleksi raya yang dipanggil H&M LTD Collection.
"Kami gembira dapat bekerjasama bersama Scha Alyahya untuk koleksi raya kali ini. Personaliti dan citarasanya dalam fesyen juga membuatkan Scha cukup sesuai dengan jenama kami", kata Pengurus Negara bagi H&M Asia Tenggara
Bagi Scha Alyahya pula, berpeluang menjadi wajah ataupun duta jenama kegemarannya cukup membuatkan dia teruja. Menurut Scha, "Setiap helaian dalam koleksi LTD ini sangat chic dan ia boleh dipakai untuk apa jua acara menjelang hari perayaan ini. Saya tak sabar nak berkongsi beberapa helaian kegemaran dengan semua peminat."
Mengetengahkan potongan yang moden, elegan dan sesuai dipakai ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara, koleksi ini dibuat daripada fabrik yang ringan dan beralun. Antara helaian yang dijangka akan menjadi tumpuan fesyenista adalah kaftan, blaus beropol, baju tunik, statement dress dan pelbagai lagi.
Anda boleh mendapatkan koleksi raya LTD dari H&M ini bermula 24 May secara eksklusif di H&M Lot 10 dan H&M One Utama sementara koleksi musim panas H&M boleh didapati di semua butik H&M seluruh Malaysia.
Must-Watch Video