,
Lifestyle

Tudung Bawal Berharga RM4,300 Jadi Bahan Jenaka Netizen

Azwa Rahman
24/08/2017
08:40 MYT
Jika sebelum ini jenama ini pernah viral kerana menjual tudung berharga hampir RM5,000, kini nama mereka mengalih perhatian netizen sekali lagi apabila menjual tudung yang berharga RM4,300. Bawal Exclusive sememangnya terkenal dengan tudung bawal bertakhtakan batu kristal Swarovski. Biarpun mahal, Bawal Exclusive juga dikenali kerana kualitinya dan ciptaan anak tempatan.
Baru-baru ini menerusi satu status mereka di Facebook berkenaan tudung bawal berharga RM4,300, ia telah menarik perhatian netizen sehingga mencecah ribuan perkongsian di Facebook. Apa pendapat anda? Seperti kata admin Facebook tersebut, mahal pada kita murah pada orang lain. Kalau mampu, apa salahnya. Kalau tak mampu, marilah kita tengok sahaja.

Menerusi Respon netizen di Facebook Bawal Exclusive:

Mis Nida: Ape keistimewaan dan kelebihan die selain menutup kepala?adakah kalis air?kalis kedut?
Encik Mie: Mempunyai unsur2 tanah api air angin..boleh berubah mengikut keadaan cuaca dan saiz si pemakai..tudung ini juga boleh kembang menjadi tudung telekung dan boleh mengecut menjadi snowcap..bukan calang2..ada satu suis di dalam yang membolehkan si pemakai memancarkan LED pada waktu malam..dilengkapi dengan sistem gps (untuk model tertentu sahaja)..tudung ini juga dilengkapi dengan sistem anti-theft..pemakai boleh menggunakan peranti android ataupun ios.
Muhamad Hafiz: Member cakap . Member la cakap , kalau pakai tudung ni tak boleh mati ,kepala terhantuk kat pisau pon tak tembus . Satu lagi Malaikat maut tak berani nak cabut nyawa . Sebab tudung ni ada kelebihan dia . Member la cakap . Tolong kecam dia
Muhammad Tajuddin: tudung ni iktiraf SIRIM, Suruhanjaya Tenaga, kain jenama 3M boleh buat fire blanket, stress test kain ni boleh tahan 8 tan kalau ditarik hujung ke hujung, in case motor atau kereta brake xmkn boleh gunakan sbagai payung terjun untuk kurangkan kelajuan kenderaan
Nazreen Radhi: ade mini aircond jenama daikin dalam tudung n boleh gadai kalau terdesak sebab berat 1 gram same dengan emas 916
Idah Manaf: Sya pon peminat bawal exclusive tp hanye mmpu yg rm100 kebawah aje. Pd pndpt sy, baik sy melabur beli emas kalo dh rege beratus n beribu. Skurang2 nye blh gadai kalo terdesak
Qurratu Ain: Tudung nie Ada warranty Tak Klu Batu trcabut??? Mahai kot hp pown Ada warranty setaun cmna nk Kira tu
Farez Crown: Tumpang tanya ,tudung nie kalis api neraka ke ?? Kalau benar kalis api neraka saya berminat nie ,walaupon saya lelaki saya sangup bertudung ..
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
Hiburan

Sering Diminta Untuk Tanggal Hijab, Yuna Harap Haters Dilembutkan Hati – “Unfollow Saya Kalau Rindu Yuna Yang Dulu”

gempak
28/08/2024
21:55 MYT
Penyanyi Yuna mempersoalkan sikap sesetengah netizen yang sering mencari kesalahan terhadap dirinya seperti mengkritik pemakaiannya.
Hiburan

Sarah Hildebrand Beri Bayangan Kembali Berhijab & Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Mat Salih?

gempak
26/08/2024
05:25 MYT
Pelakon, Sarah Hildebrand baru-baru ini telah memuat naik gambarnya yang kembali bertudung dan bersama seorang jejaka ‘mat salih’.
Viral

Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"

gempak
22/08/2024
07:25 MYT
Anak gadis kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sememangnya popular dengan tingkah lakunya yang seakan-akan lelaki.