Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: Pikul Tanggungjawab Besar, Anna Jobling Seronok Jadi Juri Sepanjang 9 Minggu - “Mungkin Ramai Pertikaikan…”

Asyikin Mayudin 19/11/2024 | 05:55 MYT

Pertama kali menjadi juri Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), pelakon Anna Jobling mengakui ia bukanlah satu tugas yang mudah selain perlu memikul tanggungjawab yang besar.

Tanggungjawab besar

Meskipun ada yang mempertikaikan namun Anna tetap melakukan tugasnya dengan baik dan seronok dapat bekerjasama dengan dua juri hebat iaitu Saiful Apek dan Harith Iskander.

“Ini bukan kerja yang senang dan tanggungjawab yang sangat besar. Mungkin ramai yang mempertikaikan saya mampu jadi juri ke tidak. Bagi saya, saya tidak ambil perkara itu secara peribadi.

“Saya hanya mahu mencuba yang terbaik. Ini adalah kali pertama saya dan semua orang juga kena mulakan dekat satu tempat juga. Tapi saya sangat seronok dan belajar banyak.

“Abang Saiful dan Harith juga banyak membantu saya. Pengalaman yang sangat best,” kata Anna kepada Gempak.

Tetap tenang

Ambil tanggungjawab dengan melakukan yang terbaik, pelakon berusia 24 tahun ini tetap tenang biarpun menerima pelbagai kritikan sepanjang menjadi juri.

“Saya tak pergi google la apa netizen cakap fasal saya. Tapi kadang-kadang komen mereka lalu dan ada kala saya terdengar juga. Tapi saya hanya buat kerja saya.

“Bila mereka (produksi) memilih saya untuk jadi juri, saya tahu mereka beri kepercayaan mereka kepada saya dan saya ambil tanggungjawab itu dengan buat yang terbaik,” ujarnya.

Malam final MLS4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada Ahad menyaksikan kumpulan Sarkas (Danial Zaini, Shashic & Acap S) dinobat sebagai juara.

Kumpulan Padie (Namie, Fad & Aretoy) pula di tempat kedua manakala Putehh yang dianggotai oleh Ali Puteh, Aya Amiruddin dan Man Raja Lawak di kedudukan ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Puji Anna Jobling & Hisyam Hamid Pandai Bergaya, Che Ta Kata Nak Berfesyen Ikut Kesesuaian - “Badan Tak Cantik, Tapi Pakai Ketat-Ketat”

ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan Di Indonesia, Pengerusi Finas Puji Anna Jobling

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Cemerlang Di Pasaran Filem Indonesia, Bukan Sebab Kroni Atau Individu Berpengaruh - "Saya Cari Sendiri"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Dengki Dengan Anna Jobling, Didie Alias Mahu Angkat Martabat Pelawak Wanita - “Apa Guna Kewujudan Pelakon Komedi…”

Kumpulan Deroyan mendapat tempat keempat, Zuara (Zulin Aziz, Nizam Jentik-Jentik & Chiwan) di tempat kelima dan Zulin Aziz dinobatkan sebagai Superstar Paling Gempak MLS4.

Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

Juri terdiri daripada Saiful Apek, Anna Jobling dan Harith Iskander manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Harith Iskander #Juri #Saiful Apek #Anna Jobling #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4
;