News

3 Jenis Manusia Yang Menggunakan Lorong Kecemasan

Azwa Rahman
24/05/2016
04:45 MYT
Sponsor Banner
3 Jenis Manusia Yang Menggunakan Lorong Kecemasan
Petang Ahad kita digemparkan dengan kemalangan yang telah berlaku berhampiran susur keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, menyaksikan dua orang penunggang dan pembonceng motorsikal telah terlanggar sebuah kereta rosak. Berikutan daripada kemalangan yang berlaku, penunggang dan pembonceng motorsikal mengalami cedera parah dan perlu mendapatkan rawatan dengan segera.
Gambar: Facebook
Apa yang menjadi kemarahan satu Malaysia disini adalah ada segelintir manusia yang menggunakan menggunakan lorong kecemasan sehingga menyebabkan ambulan yang mahu ke tempat kemalangan, tiba lewat tiga jam!
Gambar: Facebook
Ini bukan kali pertama kes kemalangan berlaku di lorong kecemasan hingga menyebabkan bantuan kecemasan lewat tiba. Pelbagai pesanan khidmat masyarakat dikeluarkan di TV, radio, poster dan sebagainya namun hasilnya?
Gambar: Facebook
Tiga jenis manusia yang menggunakan lorong kecemasan

1) Manusia yang tiada kesedaran sivik

Bagi anda yang tidak mengetahui maksud sivik, sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Kesedaran sivik pula bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama. Namun bagi mereka yang suka menggunakan lorong kecemasan, anda tidak dilahirkan dengan kesedaran sivik. Anda tidak peka dengan apa yang berlaku dengan keadaan sekeliling dan paling mengecewakan, anda sejenis manusia yang tiada sikap empati.

2) Manusia yang pentingkan diri sendiri

Bila dah tiada kesedaran sivik, apa yang mereka fikirkan hanyalah diri sendiri. Kepentingan diri sendiri, keperluan individu dan rasa tidak perlu fikirkan kepentingan orang lain. Kalau lebuh raya itu memang ibu bapa mereka yang punya, tidak mengapa. Tapi semua orang yang menggunakan lebuh raya tersebut membayar jumlah tol yang sama jadi mengapa mereka perlu menggunakan lorong kecemasan untuk cepat sampai ke destinasi? Semua orang pun nak cepat tapi itu tidak membuatkan semua orang menggunakan lorong kecemasan. Biarkan laluan tersebut digunakan ketika kecemasan dan bukannya untuk anda yang tidak punya sifat sabar langsung.

3) Manusia yang tidak bertanggungjawab

Bila tidak dilahirkan dengan kesedaran sivik dan sikap pentingkan diri sendiri mula menular dalam darah daging, maka terhasillah manusia yang tidak bertanggungjawab. Mahu masyakarat melabelkan anda sebagai manusia yang tidak bertanggungjawab? Berhentilah dari menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan alternatif. Bukannya bila anda gunakan laluan kecemasan, terus sampai rumah. Anda malah menyusahkan banyak pihak dan paling teruk digelar pembunuh oleh orang ramai. Bayangkan jika ahli keluarga anda yang mengalami kemalangan tersebut dan orang lain menghalang lorong kecemasan sehingga bantuan lambat tiba? Kalau perkara yang senang macam ini pun tidak boleh fikir dengan waras, berhentilah jadi manusia.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024