Akhirnya spekulasi mengenai rumah tangga usahawan selebriti Datuk Vida terjawab apabila beliau sah bercerai talak satu dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin.
Beliau berkata penceraian itu dibuat secara baik selepas tiada kesepakatan untuk berbaik semula antara mereka.
"Perasaan saya bercampur baur dan sukar untuk saya gambarkan tetapi saya bersyukur semua sudah berakhir," katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Beliau berharap semua spekulasi mengenai penceraiannya akan berakhir dan mahu terus pandang ke depan.
Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 46, berkata mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh kira-kira jam 10 pagi ini.
Khabar mengenai rumah tangga beliau berakhir dengan suaminya Fairuz telah berakhir bertebaran sejak lebih dua minggu lalu.
Pengasas produk kecantikan Vida Beauty mengenakan pakaian serba hitam dan mengaku tidak memaklumkan kes penceraian itu kepada media kerana bimbang diserbu di mahkamah.
Vida berkahwin kali ketiga dengan Fairuz pada Januari 2014.