Siapa tidak kenal Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan? Beliau kekal menjadi penyanyi nombor satu Malaysia sehingga hari ini, biarpun ramai penyanyi baru muncul.

Baik Melayu, Cina, India atau apa jua bangsa, semua mengenali beliau dengan lagu-lagu popularnya seperti Bukan Cinta Biasa, Percayalah, Nirmala dan banyak lagi.

Namun nyanyian memang menjadi 'makanan' beliau kerana sudah beratus anugerah telah diterimanya.

Pastinya ramai nak tahu bakat tersembunyi Siti Nurhaliza selain daripada menyanyi bukan?

Rahsia Siti Nurhaliza memasak di dapur.
Berita baik buat peminat semua, anda kini berpeluang melihat bakat terpendam serta sisi berbeza daripada Siti Nurhaliza iaitu memasak. Yes memasak!

Terima kasih kepada jenama periuk tahan lekat Vantage, kita semua boleh melihat Siti Nurhaliza berkongsi resipi, memasak dan paling penting beliau turut menyanyi secara live!

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Jadi bagi anda semua, jangan lupa untuk menonton dan mendapatkan barangan Vantage siri Datuk Sri Siti Nurhaliza secara langsung pada Ahad ini (6 Januari 2019) jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Program eksklusif ini akan disiarkan di saluran Astro 118, 120, 104 serta saluran Hello 110.