Pelawak dan penyampai radio SINAR, Jep Sepahtu akui terkejut apabila mendapati Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan ‘follower’ akaun Instagramnya.

Jep memberitahu dia berasa gembira dan tidak menyangka tokoh negara itu sudi untuk mengikutinya di laman sosial tersebut.
Merupakan Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.
“Alhamdulillah saya sangat-sangat gembira. Cuma macam tak percaya takut Timbalan Perdana Menteri Malaysia tertekan follow secara tak sengaja.

“Apatah lagi saya sangat mengagumi ketabahan dan kesabaran yang dimiliki oleh beliau,” katanya seperti yang dilaporkan portal SINAR.my.
Sikap dan personaliti beliau disenangi rakyat.
Selain itu, Jep turut meluahkan rasa gembira di atas pembebasan suami kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Terdahulu, difahamkan Datuk Seri Dr. Wan Azizah hanya mengikuti 46 akaun Instagram dan rata-ratanya merupakan tokoh-tokoh politik. Bagaimanapun, Jep merupakan satu-satunya selebriti yang diikuti oleh beliau.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas kemenangan di PRU 14 baru-baru ini. Menariknya, beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama di negara ini.

Sumber: SINAR.my